• Mewujudkan suasana seronok melalui teknik nabi

  • Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan

  • Melahirkan generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi

Alami suasana pembelajaran yang unik, ceria dan selamat.

SENARAI TADIKA

TESTIMONI
IBUBAPA

  • Banyak yang menggembirakan. Antaranya:

    1. Sudah petah bercakap dan banyak peningkatan, walaupun pelat itu masih ada.
    2. Semakin banyak membantu saya di rumah. Katanya dia mahu dapatkan pahala.
    3. Tiba-tiba satu malam, dia datang kepada saya. Dia peluk dan cium saya sebelum tidur. Sejak itu, dia tidak pernah lupa untuk lakukannya sebelum masuk tidur.
    4. Banyak lagi perkara yang gembira. Tak tertulis rasanya di sini. Terima kasih cikgu.

    Ibu: Puan Siti Harlina binti Abdul Wahid
    Tuan Muda: Aish Daniel Al-Razi (6 Tahun)
    Cikpuan Muda: Aish Dayana binti Muhamad Hafis (4 Tahun)

  • Di rumah, Nadeane sudah tidak memberontak lagi seperti sebelum ini. Dia sudah boleh uruskan diri sendiri seperti mandi, lipat baju dan membasuh pinggannya selepas makan. Dia dan kakaknya sudah berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Jika dia mahu menulis dan mewarna, dia akan mencuba dahulu. Sebelum ini dia sering kata tidak boleh dan menyuruh saya atau isteri menolongnya. Alhamdulillah dia semakin pandai membaca dan bersemangat ke sekolah.

    Bapa: Tuan R. Mastok bin Samad
    Cikpuan Muda: Nadeane Ayra Aamanee binti R. Mastok
    Umur: 4 Tahun

  • Mudah-mudahan anak-anak lebih memahami penggunaan duit dengan betul dan bijak. Cikpuan Muda Safwa sekarang pandai mengira, asas tambah dan tolak, serta menabung duit lebihan yang ada. Terima kasih guru-guru Tadika ABS.

    Ibu: Puan Emielia Bydzura binti Abd Rahim
    Cikpuan Muda: Nurbatrisya Adrianna Safwa binti Mohd Safwan
    Umur: 6 Tahun

  • Alhamdulillah. Sekarang, kami tidak perlu kejutkan Cikpuan Muda Imanina untuk bangun pagi. Dia bangun sahaja, terus mandi dan bersiap untuk ke tadika. Hujung minggu pun dia mahu pergi ke tadika. Dia sangat-sangat berbeza berbanding dahulu.

    Ibu: Puan Noormahman binti Hashim
    Cikpuan Muda: Nurul Imanina Fasihah binti Hasman
    Umur: 6 Tahun

PEMBELAJARAN

Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran.

  • Komunikasi
  • Kerohanian
  • Sikap dan nilai
  • Kemanusiaan
  • Perkembangan fizikal & estetika
  • Pembangunan keterampilan diri
  • Sains dan teknologi

PEMBELAJARAN

Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran.

  • Komunikasi
  • Kerohanian
  • Sikap dan nilai
  • Kemanusiaan
  • Sains dan teknologi
  • Perkembangan fizikal dan estetika
  • Pembangunan keterampilan diri

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

PENDAFTARAN

Lihat cawangan yang diuruskan oleh Rangkaian Tadika ABS dan daftarkan anak anda.

SENARAI TADIKA
×