ABS EDU FAMILY FUN RUN 2018

Meluangkan masa bersama keluarga untuk acara aktif merupakan satu pilihan ramai keluarga hari ini.
Pada 22 April 2018 di Dataran Monumen Alaf Baru Putrajaya, Presint 2, lebih 500 buah keluarga menyertai acara ‘Fun Run’ yang julung kali dianjurkan untuk keluarga.
Acara yang bertujuan mengalakkan anak-anak bersama keluarga untuk aktiviti luar ini, berjaya mengumpulkan penyertaan dari Putrajaya, Kajang, Bangi, Cheras, Gombak, Sungai Buloh dan sekitar.
Acara anjuran ABS EDU SOLUTIONS SDN BHD ini, dilancarkan oleh Tuan Hir Effendy Md Tahir selaku Ketua Eksekutif Kumpulan ABS.
Puan Noraminah Omar, selaku Pengarah kepada program mengatakan bahawa beliau gembira dan bangga dengan semua anak-anak dan keluarga yang sama-sama menyertai acara sukan aktif. Hari ini, terbukti bahawa ramai ibu bapa yang mendokong usaha meluangkan masa bersama keluarga.
Seramai 733 pelari mendaftar untuk acara ini memenuhi trek larian untuk 3.4km dan 5km. Seramai 250 orang kanak-kanak prasekolah turut bersama.
Acara larian seumpamanya yang biasa dimonopoli oleh orang dewasa, kali ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan anak-anak prasekolah menyertai dengan selamat.
– Sumber : Berita Tadika ABS
Mahu libatkan anak-anak dengan aktiviti hujung minggu ketika Ramadan?
Anak-anak akan menyukainya — >https://bit.ly/2FS3L3y
Anak-anak akan menyukainya — >https://bit.ly/2FS3L3y
Anak-anak akan menyukainya — >https://bit.ly/2FS3L3y

Yuran Pendaftaran termasuk bahan aktiviti dan sijil penyertaan.

Peserta berumur : 4 – 7 tahun

26 Mei 2018 (Bahasa Melayu)

ITENARI
(EDISI BAHASA MELAYU)

9.00 – 9.30 PAGI
JURNAL 1 :
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN!

9.30 – 10.30 PAGI
JURNAL 2 :
SAYA PUASA HARI INI, ALHAMDULILAH!

10.30 – 11.30
JURNAL 3 :
RAMADAN, KITA LEBIHKAN AMALAN.

11.30 – 12.00 TENGAH HARI:
RAMADAN & KEJAYAAN!

*Semua penyertaan akan menerima 1 salinan bercetak versi ekonomi “Jurnal Ramadhan 4-7 tahun.”

Sebarang pertanyaan hubungi 011 1323 2239.

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram