Adab dan Santun Berkunjung

“Seronoknya pergi lawatan hari ini.”

“Seronok ke naik bas sekolah?”

“Mestilah Ibu. Dapat pergi dengan cikgu dan kawan-kawan. Lagipun, kita belum pernah pergi ke tempat ini.”

Setiap kali mengikuti lawatan sekolah, anak-anak bukan sahaja belajar apabila sudah sampai ke destinasi. Malahan keseluruhan proses.

Bermula dari mendengar arahan dan taklimat guru. Malah, bermula beberapa hari sebelumnya anak belajar diberi maklumat awal sebagai persediaan pengetahuan. Termasuk emosi dan mental.

“Oh, inilah binatang yang seperti di dalam buku kita.”

“Oh, tempatnya gelap dan banyak tinggalan sejarah.”

Tiba harinya, diingatkan lagi dengan pelbagai langkah keselamatan.

Jika di luar, lebih lagi perlu kawalan. Nisbah guru pengiring juga lebih ramai berbanding di sekolah.

Masing-masing wajib berjalan bersama pasangan yang sudah ditetapkan.

Melangkah ke dalam bas, beri salam kepada pemandu. Tidak bising dan kecoh. Walaupun teruja.

Seterusnya etika sepanjang berada di tempat lawatan.

Semoga yang dibawa pulang nanti bukan sekadar ilmu dan pengalaman malah, adab dan santun berkunjung ke tempat orang.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×