Anak-Anak Bakal CEO atau Usahawan?

Usahawan?
CEO?

Apa perlukah sekolah melahirkan usahawan dan melatih bakal CEO? Jawapannya, perlu.

Meskipun anak-anak akan memilih pelbagai kerjaya yang berlainan kelak, sekolah yang boleh melatih anak-anak dengan cara fikir dan budaya kerja usahawan amat diperlukan.

Anak-anak perlukan keupayaan berfikir dan bertindak sebagai pemimpin (ketua) walaupun dewasa kelak mereka tidak menjadi ahli politik atau ketua syarikat.

Penekanan dan pendekatan 6 nilai preneurship (BIJAK) dalam kumpulan pendidikan ABS, termasuk Aktif Bijak Santun – Tadika ABS, memfokuskan kepada 6 perkara ini.

1. Pertama, menjaga persaudaraan.
Menghindari permusuhan.Sentiasa menjaga silaturrahim antara satu sama lain samada dekat atau berjauhan.

2. Kedua, berkata benar. Ini berkaitan dengan integriti.
Jujur di dalam sesuatu hal, mempengaruhi keperibadian seseorang. Orang di sekeliling akan bereaksi secara positif apabila peribadi kita juga positif.

3.Ketiga, memikul beban orang lain atau altruism.
Rasa tanggungjawab demi kesejahteraan orang lain. Ada kalanya melibatkan pengorbanan.

4. Keempat, menghormati tetamu. Ini adalah satu sifat di mana kita menjadi orang yang pandai berdiplomasi.
Sebagaimana budaya timur memuliakan tetamu, ini melatih sifat individu untuk menghormati mereka. Budaya ini membuatkan tetamu berasa lebih dihargai dan mudah didekati.

5. Kelima, mengadakan apa yang tiada.
Memberi manfaat kepada orang lain dengan menyediakan kemudahan yang mendatangkan kebaikan bersama.

6. Keenam, memperjuangkan kebenaran.
Walau dalam apa situasi pun, kebenaran adalah tonggak paling utama.

Dalam 6 ciri dan sifat yang dibina dalam BIJAK, ia diberikan keutamaan mengikut urutan.
Apa juga kerjaya yang anak-anak kita pilih kelak, kita raikan.

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram