Anak-Anak dan Aktiviti Bermain

Anak-anak dan bermain tidak dapat dipisahkan.

Seringkali, cabaran utama ibubapa dan pendidik adalah mencipta dan menjadikan aktiviti bermain sebagai sesuatu yang berisi.

Di sinilah pentingnya perancangan pembelajaran. Namun, perlaksanaan tersebut menggunakan pendekatan dan suasana yang menyeronokkan.

Beberapa tips yang berguna ialah:

1) Rancang aktiviti dan matlamat pembelajaran.

2) Gunakan peralatan atau bahan yang bersesuaian dengan usia. >air, pasir, daun, playdough, mahupun patung beruang sekalipun.

3) Pelbagaikan kaedah pendekatan dan penyampaian agar tidak membosankan.

4) Libatkan anak-anak untuk mencuba dan bereksperimen, dengan bimbingan orang dewasa.

5) Bincang atau nikmati hasil bersama-sama.

Contoh aktiviti untuk usia 5-7 tahun ialah: membuat biskut.

Sepanjang proses ini, diselitkan kaedah timbangan bahan (matematik), penerangan resepi (bahasa), anak mungkin mahu menulis semula (penulisan), bersama mengacau (fizikal) dan gembira menikmatinya bersama sesudah siap (emosi).

Sungguh, pembelajaran itu luas skopnya terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak. Dan pengalaman, adalah pelajaran yang amat berharga.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram