“Ibu, tadi adik tertumpah air. Tapi adik sudah lap dengan tisu. Ibu tak marah kan?”
“Tidak. Adik kan tak sengaja. Lagipun, Adik sudah lap siap-siap.”
Terus hadiahkan pelukan. Kasih sayang dan cinta ibubapa perlu diluahkan dengan kata-kata dan perbuatan.
‘Tahniah atas perbuatan baik’
‘Ibu percayakan Adik.’
‘Ibu tetap sayangkan Adik walau apa pun yang berlaku.’
Kata-kata ini mungkin nampak ringkas dan mudah diungkap, tetapi ia meninggalkan kesan yang sangat besar dalam jiwa anak-anak.
Mereka memerlukan pengiktirafan. Terutamanya daripada orang yang rapat dan mereka percayai seperti kita, ibubapanya.
Rasa keyakinan dan percaya diri inilah antara asas yang menggalakkan kejayaan-kejayaan besar pada masa akan datang. Bermula dengan kata-kata, dan pelukan semasa kecil.
Jika bukan dari kita, siapa lagi. Mudah-mudahan kita menjadi ibubapa yang mendorong dengan positif.
Wan Erni
Coventry UK