Anak-Anak Tanggungjawab Ibu Bapa Sepenuhnya

Tidak kira sesibuk mana pun, seorang ibu dan ayah bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak.

Tugas pengasuh mahupun guru adalah sebagai sumber sokongan dalam mendidik dan mengajar ketika ketiadaan ibu bapa tersebut. Lantas, sebarang perkara berkaitan anak perlulah dibincangkan secara jelas oleh kedua-dua pihak. Malah, hubungan yang positif di antara pihak sekolah mahupun taska akan melahirkan anak-anak yang lebih cemerlang : pelajaran dan akhlak.

“Puan, anak Puan ini kerap memukul dan menggigit kanak-kanak lain di Taska. Dahulu tidak begitu. Adakah apa-apa perubahan yang berlaku di rumah yang mendorong perlakuan ini?” Soalan seperti ini, mungkin membuka kepada banyak jawapan antaranya, kerana bakal mendapat adik, atau ibu bapa, ataupun ada faktor lain yang mengganggu emosi anak tersebut.

Banyak ketika, ibu bapa tidak berterus-terang tentang hal di rumah, bertujuan menjaga air muka mereka dan anak. Namun, sekurang-kurangnya dengan pertanyaan guru tersebut, memberitahu ibu bapa agar ambil maklum untuk tindakan selanjutnya.

Yang kita mahu didik dan ajar adalah anak-anak yang masih suci jiwanya. Setiap satu punya potensi yang berbeza. Individu yang berbeza.

Dengan contoh dan didikan yang baik, anak-anak inilah bakal menjadi warganegara yang hebat kelak.

Insya Allah.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram