Apa Yang Lebih Utama Untuk Anak?

“Adik, di sini tidak boleh berlari-lari ke sana ke mari. Juga, tidak boleh bercakap kuat. Jika mahu panggil Ibu, datang dekat dahulu ya.”

Sebelum tiba ke perpustakaan, begitulah rutinnya. Pesanan hikmat meniti di bibir.

Benar, anak lumrahnya suka bermain dan meneroka.

Namun, sejauh manapun konsep tempat yang mesra dan bebas, tetap ada batas dan keadaannya.

Setiap satu, pasti ada peraturan dan adab yang wajar dipatuhi.

Jika di taman permainan boleh berlari sesuka hati, tetapi tidak di dalam bank dan pejabat.

Jika di dalam rumah sendiri boleh memanjat sofa, pasti tidak sama di rumah orang lain.

Di manapun jua, tugas ibubapa dan penjaga masih belum selesai. Kawal, awasi, dan sentiasa mengulangi pesanan.

Ingatkan semula perjanjian asal yang dipersetujui sebelum berkunjung. Dan di akhirnya, puji dan tegurlah ketika waktu bersesuaian.

“Tahniah semua anak Ibu, jaga akhlak dan adab.”

Sambil menepuk mesra di bahu setiap seorang.

Anak pasti terdorong untuk lebih baik lagi pada masa akan datang.

Kerana hakikatnya kita bukan sekadar mahu anak yang gembira, cemerlang dalam pelajaran. Malah yang lebih utama adalah beradab dan berakhlak.

Puan Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram