Aqidah Anak-Anak

Di musim sambutan Krismas ini, adalah waktu paling kritikal untuk memperkemaskan asas Aqidah anak-anak. Sama ada pelbagai acara di sekolah, mahupun di mana-mana.

Ini termasuklah sesi bertemu santa, nyanyian, pokok Krismas, hadiah serta banyak lagi. Namun, tidak dapat tidak, asas yang paling utama adalah di rumah dan menjadi tanggungjawab utama ibubapa.

Sekolah mahupun persekitaran adalah sebagai sokongan dan tidak mengganti fungsi ibubapa sepenuhnya. Di sekolah contohnya, guru akan memohon izin ibubapa terlebih dahulu sebelum melibatkan anak-anak di dalam aktiviti.

“Mum, is Husna allowed to see Santa today?” Ramah dan senyum manis guru bertanya. Ataupun, jika Husna perlu terlibat dalam aktiviti nyanyian, liriknya perlu diperhatikan. Sentiasalah bercakap tentang perkara ini di rumah bersama anak.

Seterusnya, bertanyalah kepada pihak sekolah secara baik jika terdapat sebarang kemusykilan tanpa terus menyerang membuta-tuli. Ia perlu dibuat dengan hikmah dan berhati-hati di dalam pagar had yang tertentu. Kerana, kita mahukan kehidupan yang aman dan penuh kemuafakatan.

‘Lakum diinukum waliyadin’

~Bagi kamu agama kami, dan bagi kami agama kami.’ (Quran Surah Al-kafirun Ayat 6)

Wan Erni

Coventry UK

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×