Bagaimana Dialog Seharian Kita Bersama Anak Kecil?


“Ayah saya pergi kerana saya nakal. Saya tidak mendengar kata.”

Luluh hati mendengar luahan anak ini.

Apabila terjadi musibah di dalam keluarga, anak-anak cenderung menyalahkan diri mereka.

“Saya tidak baik, sebab itulah Ibu meninggal.”

Mungkin anak ini sering dimomokkan dengan kata-kata yang mengugut atau mendorong dengan kurang tepat.

Contohnya; “Adik mesti baik tau, barulah Ibu sayang dan sentiasa bersama Adik. Kalau Adik tak baik, Ibu tak mahu sayang Adik. Ibu nak pergi sayang orang lain.”

Atau,

“Awak ni, dari tadi Ayah cakap tak dengar. Selalu nak kena marah. Penatlah Ayah macam ni setiap hari.”

Ditakdirkan, sampai masa Ibu/Ayah tiada (mungkin berpisah atau meninggal dunia), kata-kata inilah yang akan diingatinya.

Apatah lagi, jika ia kerap diulang-ulang. Setiap hari. ‘Aku mesti baik, barulah Ibu dan Ayah sayang dan ada bersama aku sentiasa.’

Lantas, bagaimana yang lebih baik?

“Adik mesti jadi orang baik kerana Allah minta kita jadi orang baik. Kita jadi baik kerana Allah dan kerana kita perlu jadi baik. Nanti walaupun ibu dan Ayah tiada, Allah tetap ada bersama Adik sentiasa. Orang baik menarik kasih sayang Allah. Orang yang baik dan menyayangi orang lain juga akan disayangi.”

Sama-sama kita perbaiki insya Allah.

Wan Erni
Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×