‘Bedtime Stories’ Yang Benar

“Ibu, ceritalah lagi tentang Rasulullah. Kami suka mendengar kisah ini.”

Subhanallah.

Kisah para Rasul dan Sahabat adalah ‘bedtime stories‘ yang benar. Kisah sejarah yang tercatat di dalam hadith dan Al-Quran.

Dalam anak-anak berimaginasi membayangkan kisah kehidupan zaman silam, sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil. Walaupun sudah diketahui. Walaupun berulang-kali. Tidak ada yang sia-sia.

Ada ketika ibu menguji, buat-buat terlupa. Mereka pula berebut mahu membetulkan semula.

Subhanallah.

“Ibu, dalam cerita Aladdin kan ada padang pasir. Adakah mereka orang Islam seperti Nabi kita?”

Ya Tuhan.

Anak kecil bertanya soalan, petanda mindanya bergerak dan fokus. Bukan di awang-awangan tanpa arah.

Pandulah jiwa-jiwa kecil ini dengan Nur Islam. Dengan jawapan yang membuka minda, dan terus-terusan berkembang untuk persoalan demi persoalan seterusnya.

“Oh, tidak semestinya. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Kita tidak dapat menentukan Islamnya seseorang hanya melalui latar belakang dan keturunan sahaja. Tetapi Islamnya kita ini, selepas menunaikan rukun Islam dan rukun iman. Semuanya dibuktikan melalui amalan di dalam seluruh kehidupan kita termasuk lintasan hati, ibadah dan cara berpakaian.”

Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan umat Islam yang begini.

Amin.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×