Berikan Mereka Gam Dan Gunting

Sumber gambar : Google

Sumber gambar : Google

Cuba anda tinggalkan gunting di atas meja anak anda bermain. Lihat apakah yang akan terjadi? Secara automatik, jari-jari kecil itu akan memasukkan tangan ke dalam tempat pemegang gunting dan gunting apa sahaja kertas yang ada di hadapan mereka. Anda datang dan mereka akan cuba menyorokkan atau mencampak gunting di tangan.

Ada sesuatu dengan gunting yang membuatkan mereka sentiasa teruja untuk bermain tetapi tahu ianya bahaya dan dilarang untuk menggunakannya. Apabila tiba sesi kraf di sekolah dan cikgu membenarkan bermain gunting, masing-masing senyum sampai ke telinga. Gunting sungguh menyeronokkan pada mereka! Tambahan pula, tiada mak yang akan marahkan mereka, ia lebih menambah riang di hati.

Gunting itu bagus untuk perkembangan motor halus anak kecil. Ia melibatkan koordinasi mata dan tangan. Gunting itu selamat digunakan sama ada di sekolah atau di rumah. Anda hanya perlu berikan safety briefing sebelum menggunakannya. Terangkan sahaja langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kecederaan. Jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini, apakah langkah keselamatan yang perlu mereka lakukan. Ia sebahagian daripada kemahiran hidup. Jika kita dapat menerangkan dengan baik, percayalah ia akan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan mereka di masa akan datang.

Tanda tanya berlaku apabila anak kecil melihat kaca televisyen atau orang di sekeliling menggunakan gunting. Ada anak kecil yang cuba memotong rambutnya sendiri. Ia tanda tanya atau eksplorasi yang perlu dirasai sendiri walaupun sekali. Jangan marah! Ia sesi pembelajaran diri. Terangkan sahaja dengan baik. Baru Teknik Nabi itu terpakai. Mereka juga tidak takut untuk menerangkan apa yang mereka sudah eksperimentasi dengan gunting sebentar tadi.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, adakah sesi gunting dan gam khas buat mereka. 1 jam aktiviti seni di mana mereka boleh meneroka tanpa susah hati. Tanda tanya atau cuba buat di belakang kita akan luput sama sekali. Ibu bapa juga tidak perlu susah hati. Ajarkan teknik yang betul. Main bersama mereka. Lukisan atau hasil kraf yang terhasil boleh disimpan sebagai kenangan bersama nanti. Pembelajaran rumah dan sekolah harus seiring. Apa yang boleh di sekolah jangan dihalang pula di rumah. Pening anak kecil kita memikirkannya nanti. Janganlah takut untuk mencuba. It’s always a first time for everything.

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×