Berikan Solusi Bukannya Memarahi

“Awak semua mesti bermain elok-elok. Tidak ada tolak-menolak. Air ini bukan kepunyaan siapa-siapa. Ia milik semua orang untuk kita bermain bersama-sama dengan baik”, ujar gadis penjaga air pancut tersebut.

Di tempat permainan air ini, terdapat dua orang penjaga bertugas. Semua kanak-kanak beratur dengan sendirinya tanpa disuruh sambil menanti sesi dibuka.

[Pendaftaran 2018 di Tadika ABS seluruh negara kini dibuka]

Sebaik sahaja penjaga tiba dan membuka pagar, mereka diminta membasuh kaki di pintu sebelum dibenarkan masuk. Tidak semena-mena, selepas 10 minit berlaku kejadian tolak-menolak melibatkan kanak-kanak 8-12 tahun. Terus saja gadis penjaga datang memberitahu dengan suara yang jelas dan tegas.

Tanpa senyum. Tetapi tidak juga bengis.

Keadaan cepat terkawal dan keseronokan bersambung.

Ya. Menggunakan kuasa tidak perlu garang dan menjerit. Raut wajah saja sudah penting.

Susuli dengan kata-kata padat dan tepat. Apatah lagi jika menjadi ibu bapa atau pendidik.

Wan Erni
Coventry UK

Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×