Berita Tadika : ABYAD Young Archer Program : Pertandingan Memanah (Tertutup)

‘ABYAD Young Archer Program’ : Pertandingan Memanah (Tertutup)

6 Mei 2018
Anak-anak hari ini mempunyai banyak peluang untuk meneroka kebolehan dan bakat masing-masing. Adanya keperluan bagi anak-anak mencuba kepelbagaian aktiviti, menjadi salah satu faktor yang mendorong kumpulan pendidikan prasekolah ABS untuk menawarkan inisiatif sukan tambahan.
Memanah yang sering dilihat sebagai satu sukan eksklusif, kini ditawarkan dengan pakej yang fleksibel dan mampu milik kepada ibu bapa dan anak-anak. Program berbentuk dwi-bulanan ini, kini berjalan dengan modul tersusun.
Setiap kelas yang dikendalikan disusun berdasarkan modul dengan teknik dan kemahiran memanah yang diperkenalkan secara berperingkat kepada anak-anak.
– Sumber berita: Tadika ABS
Berminat mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang bisnes tadika?
Hubungi/Whatsapp nombor berkenaan untuk maklumat lanjut.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×