Bertanya Itu Satu Proses Pembelajaran

“Ibu! Ibu!” panggil Dira.

“Ya, ada apa?” sambil bergegas ke bilik air.

“Tolong ajar Dira ambil air sembahyang,” pinta Dira.

“Bukankah Dira dah belajar di sekolah?”

“Ya cuma lupa. Takut salah saja,” Dira tersipu-sipu malu.

“Mari.”

Anak-anak apabila bertanya perkara yang dia tidak tahu, itu merupakan satu sikap positif. Jangan pernah mengeluh. Ketika mereka meminta pertolongan, itu bermaksud mereka benar-benar mahu belajar menyelesaikan tugas atau masalah yang dihadapi.

Tunjuk secara berperingkat dan berulang. Ada kalanya perlu secara perlahan. Bergantung kepada tahap pemahaman anak-anak.

Bersabar dalam mendidik, pasti membuahkan hasil.

Penulis : Puan Nurdiyanah Dzulkarnain

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram