Buku dan Anak-Anak

Apabila membaca buku bersama anak-anak secara ‘read aloud‘, gunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian dan fokus.

  • Pilih satu sudut yang sunyi, jauh dari pelbagai bunyi televisyen. Matikan telefon bimbit dan duduklah dengan selesa.
  • Sedari awal, mulakan dengan membaca tajuk buku dan penulis/ilustrator. Anak turut belajar secara tidak langsung teknik membaca buku yang paling penting. Bermula dari muka surat pertama ke belakang.
  • Anak kecil suka jika ditambahkan pelbagai bunyi haiwan seperti ‘Roar’, ‘meow’ atau nada suara berbeza bagi setiap watak. Pasti mengekek ketawa bersama.
  • Berbincanglah tentang gambar dan latar belakang. Apa yang dilihat dan kaitkan dengan pengalaman realiti kanak-kanak.
  • Sambil bercerita, tanyakan juga soalan-soalan berkaitan seperti, ‘Cuba teka apa yang berlaku seterusnya.’ ‘Adik rasa bagaimana perasaan arnab tersebut?’
  • Untuk yang lebih besar (7-10 tahun) boleh dikatakan begini untuk menggalakkan anak fokus; ‘Sambil ibu bacakan buku, ibu juga akan bertanyakan soalan kuiz.’

Beri markah kepada yang dapat memberi jawapan.

  • Kadangkala, beri peluang anak menjadi pencerita.

Jika yang belum pandai membaca, biarkan dia menggunakan imaginasi berpandukan gambar. Galakkan dan terus beri sokongan.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×