Dunia Bagaimanakah Kita Wariskan Kepada Anak-Anak?

“Ibu, kenapa orang itu marah-marah? Tak baik kan cakap macam tu.” Tanya anakanda ketika melihat aksi seorang lelaki memaki hamun di kawasan meletak kereta.

Tidak tahu siapa yang silap, yang meletakkan kenderaan mahupun yang sedang marah-marah itu.

Persekitaran bagaimana yang mahu kita besarkan anak-anak?

Dunia bagaimana yang ingin kita wariskan pula kepada mereka?

Tidak dapat tidak, semuanya tergalas di bahu kita ibu bapa, guru dan setiap ahli masyarakat. Bermula dari rumah, sekolah, seterusnya di luar.

Asasnya dari kecil diperkukuhkan dengan yang baik-baik dan elok. Agar nanti anak memandang akhlak buruk itu sesuatu yang salah dan mengaibkan. Bukan untuk dibanggakan dan menunjuk hebat.

Mudah-mudahan dipelihara Tuhan

Wan Erni

Coventry UK

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×