Dunia Digital : Peranan Ibu Bapa

Anak dan dunia digital tidak dapat dipisahkan. Ini adalah zaman mereka.

Namun, perkara penting sebelum memperkenalkan anak kepada kecanggihan teknologi tanpa sempadan ini adalah pengawasan dan pemantauan dari ibubapa.

Disenaraikan beberapa tips mudah ibubapa yang memiliki anak berusia dua hingga tujuh tahun. (Perlu diingatkan, bayi berusia di bawah usia ini tidak memerlukannya; melainkan sentuhan, suara, dan wajah orang/objek sebenar)

  1. Minta izin. Didik anak meminta izin setiap kali mahu menggunakan gajet. Ibubapa perlu dihormati sebagai pemilik alat tersebut.
  2. Tetapkan masa. Kadar tempoh masa mestilah sudah dipersetujui lebih awal. Bagi anak di bawah tujuh tahun, mestilah tidak melebihi satu jam sahaja sehari.
  3. Menonton bersama. Tonton bersama sambil berkomunikasi dua hala bersama anak. Pastikan anak menonton di ruangan terbuka yang membolehkan ibubapa menjenguk pada bila-bila masa walaupun membuat kerja-kerja rumah.
  4. Bina akaun email khusus. Membina akaun email khusus untuk anak yang membolehkan ibubapa meletakkan had siaran ataupun carian bersesuaian dengan usia anak.

Paling utama di antara semuanya, ibubapa menggunakan kuasa ‘in-charge’ untuk bertegas dengan anak-anak tanpa menggunakan kekerasan.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×