Galak Minat Anak-Anak Melalui Kaitan Topik Subjek Dengan Aktiviti Bermain

“Cikgu, saya risau anak saya terlalu suka berangan dan bermain. Bagaimana mahu menggalakkan minatnya di dalam pelajaran sains?”

“Oh, Puan boleh cuba mulakan dengan topik yang dia sukai dahulu. Kemudian perlahan-lahan kembangkan dan kaitkan topik tersebut dengan subjek yang mahu diberi penekanan. Contohnya, anak suka memasak. Ajak anak membuat kek, dari aktiviti ini, masukkan elemen matematik untuk timbangan dan kemahiran menulis melalui resepi.”

Anak kecil belajar melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, belajar tidak semestinya duduk di meja dan menghadap buku. Boleh jadi ketika di dapur, ataupun ketika berjalan kaki pulang dari sekolah;

“Cuba Adik lihat nombor rumah di sebelah kiri. Apakah beza setiap satunya?” Begitulah.

Dalam banyak perkara, selitkan juga dengan kejadian Tuhan dan kehebatanNya. Ketika berjalan-jalan di taman;

“Cuba lihat pokok itu. Setiap musim ia berubah keadaan daunnya. Haiwan dan serangga di sekitar juga bertukar. Ada haiwan yang berhijrah pada musim sejuk kerana makanan sukar didapati di sini. Ada haiwan berbulu tebal boleh hidup walaupun salji tebal.”

Subhanallah.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram