Hak Anak-Anak, Ibu Bapa dan Guru

Mendidik anak sifat santun, perlu didahului dengan contoh tauladan.

Mendidik rasa hormat, ibubapa dan penjaga juga saling menghormati.

Apabila menghormati anak, bukan membiarkan mereka memijak kepala.

Kita hormati haknya, dalam masa yang sama kita didik sifat yang sama.

“Awak perlu menghormati guru dan orang dewasa di sekeliling awak kerana mereka di sini untuk membantu awak.”

Paling penting, beritahu dengan jelas dan bahasa yang sesuai.

Bukan dalam keadaan marah dan penuh dan penuh emosi. Bukan dengan perli atau memaki. Malah, jauh sekali menjatuhkan maruahnya.

Anak perlu hormat dan tahu di mana letak diri mereka sebagai anak. Mereka juga punya harga diri sebagai manusia.

Semoga kita diberi petunjuk untuk mendidik dengan positif.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×