Ibu Adalah Sekolah Pertama Anak-Anak

Ibu adalah sekolah pertama anak-anak. Menjadi ibu pengurus rumah tangga, memberi kelebihan masa yang lebih lama bersama.

 

Bermula dari bangun tidur, sehingga tidur semula pada malamnya. Ibulah yang menjadi pembimbing utama.

 

Di usia kecil, ada perkara yang lebih penting berbanding kemahiran membaca dan mengira iaitu adab dan akhlak.

 

•Adab bermain bersama.
•Budaya solat dan makan.
•Budaya membaca.
•Mengisi dan menyusun masa.
•Ke bilik air, malah bergaul bersama tetamu.

 

Semuanya diasuh oleh ibunya sendiri. Ibulah yang menentukan dan memberi contoh nilai-nilai penting dalam keluarga.

 

“Adik, di dalam rumah kita tidak perlu menjerit-jerit. Guna suara ‘dalaman’ untuk bercakap.”

 

Anak kecil yang dilayan pertanyaan dan perbualan mempunyai lebih kemahiran komunikasi. Paling penting di antara semuanya adalah asas aqidah dan amalan baik yang mahu diamalkan sehingga menjadi budaya.

 

Kerana, seorang ibu tetaplah Ibu. Sama ada bekerja di luar ataupun di rumah.

Tidak ada yang menggantikan tugas mulia ini.

 

Berbahagialah, dan rebutlah peluang sebaik-baiknya.

Puan Wan Erni

Coventry UK

DAFTAR SEKARANG. Hubungi 011 1323 2239. Senarai penuh Tadika ABS di http://www.tadikaabs.com/malaysia/

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram