Kemeriahan Karnival Sukan Tadika ABS 2015 di Maeps, Serdang.

Bestlah tadika ni! Lain daripada yang lain,” kata Tuan A kepada Tuan B yang berdiri di hadapan saya ketika menunggu giliran membeli ayam gunting di sebuah booth.

Tuan B hanya tersenyum dan menunggu butir kata seterusnya daripada Tuan B. Walaupun mereka tidak kenal antara satu sama lain, tapi perbualan itu cukup mesra sekali.

“Berpeluh saya dibuatnya. Patutnya anak-anaklah yang berpeluh tapi mak ayah yang terlebih berpeluh nampaknya,” katanya dengan wajah ceria dan ketawa riang.

“Betul tu. Seronoknya sebab ibu bapa boleh join sekali main dengan anak-anak,” kata Tuan B mengiyakan kata-kata Tuan A.

“Selalu sukan, kita ibu bapa ni duduk kat tepi je. Makan-makan. Lepas tu pandang dan belek jam, ‘Bilalah anak aku nak habis main ni?’,” komen Tuan A pula.

“Betul. Bosan menunggu. Akhirnya kita main handphone. Kalau kat sini, tak ada siapa yang duduk kat tepi. Semua pergi padang sebab nak tolong anak masing-masing siapkan tugasan dan dapatkan cop,” tambah Tuan B.

Dalam situasi lain, ada seorang ibu sangat teruja bercerita.

“Lepas dia dah siapkan tugasan dan dapat cop, dia pergi balik ke tempat buih gergasi dan salji tu sebab nak buat sekali lagi. Seronok betul dia. Nasib baik orang yang jaga tu tak marah bila anak kita datang main lagi.”

Rata-rata saya lihat semuanya tersenyum gembira. Senyuman tidak putus-putus terukir di bibir ibu bapa sepanjang masa.

Begitulah respon yang saya terima dan dengar secara tidak sengaja. Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya.

________________________________________________________________________________

Hujan!

Walaupun hujan, krew tetap gigih dan tidak berganjak dari kaunter pendaftaran.

Walaupun hujan, krew tetap gigih dan tidak berganjak dari kaunter pendaftaran.

DSC_0002

Sesi Pendaftaran

DSC_0003

Sesi Pendaftaran

DSC_0013

Krew Tadika ABS

DSC_0015

Goodies Bag untuk setiap Tuan Muda dan Cikpuan Muda

Itulah yang kami risaukan pada waktu pagi ketika berada di lokasi Karnival Sukan Tadika ABS pada 25 April 2015 yang lalu. Di dalam hati kami berdoa semoga keadaan itu tidak berlarutan apabila program bermula. Alhamdulillah tidak lama selepas itu, hujan berat yang renyai tadi mulai lenyap perlahan-lahan. Sesi pendaftaran yang pada mulanya sedikit terganggu, kemudiannya berjalan dengan lancar.

DSC_0020 DSC_0024 DSC_0027 DSC_0028 DSC_0033 DSC_0035 DSC_0036 DSC_0037 DSC_0038 DSC_0041 DSC_0043 DSC_0045

Tuan Muda dan Cikpuan Muda semuanya sudah bersiap sedia dengan bendera, sepanduk dan pakaian berhias mengikut tadika masing-masing. Mereka semua teruja. Ibu bapa lagi teruja sehinggakan sukar mengambil tempat yang strategik untuk menangkap gambar. Satu pemandangan yang luarbiasa sekali.

DSC_0055 DSC_0054 DSC_0066 DSC_0065 DSC_0063 DSC_0062 DSC_0061 DSC_0067 DSC_0069 DSC_0071 DSC_0073 DSC_0074 DSC_0076 DSC_0077 DSC_0079 DSC_0080 DSC_0083 DSC_0085  DSC_0087DSC_0093 DSC_0097 DSC_0099

Majlis dimulakan dengan perarakan setiap tadika ABS yang terlibat. Ada yang membuat pertunjukan ringkas. Ternyata anak-anak cilik ini memang berbakat! Acara diteruskan dengan bacaan doa, ucapan daripada Puan Siti Ismani Sihab, Puan Suhaili Ikhsan dan Tuan Redzuan Roslan sebagai perasmi majlis. Upacara simbolik dengan meniup wisel menandakan bermulanya Sukan Tadika ABS 2015.

DSC_0102 DSC_0103

Majlis kemudian menjemput wakil pelajar tadika ABS untuk membacakan ikrar. Walaupun Tuan Muda nampak gementar dan terlupa di hadapan ramai, tetapi apabila kami beramai-ramai mendorong Tuan Muda mengikut bacaan ikrarnya dengan bantuan gurunya, Tuan Muda dapat menyelesaikan bacaan ikrar dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh.

DSC_0105 DSC_0106 DSC_0107 DSC_0108 DSC_0109 DSC_0112 DSC_0113 DSC_0114 DSC_0115 DSC_0116 DSC_0117 DSC_0118 DSC_0119 DSC_0120 DSC_0121

Acara tidak terhenti di situ sahaja apabila Senam Penguin pula menguasai kawasan perhimpunan. Tetamu VIP, ibu bapa, guru-guru dan anak-anak turut sama melakukan Senam Penguin. Kehadiran Tadika ABS Bentong yang baru sahaja tiba ketika Senam Penguin berakhir, diraikan oleh para hadirin. Demi meraikan Tadika ABS Bentong, Senam Penguin sekali lagi diadakan.

DSC_0110

Kehadiran Tadika ABS Bentong disambut oleh hadirin.

Seterusnya acara utama pun bermula. Setiap Tuan Muda dan Cikpuan Muda diberi kad. Mereka perlu menyelesaikan permainan yang disediakan untuk mendapatkan cop. Pelbagai permainan disediakan antaranya :

Aiskrim

DSC_0137 DSC_0138 DSC_0139 DSC_0142 DSC_0143 DSC_0144 11139457_706384226154038_8120762614999708001_n19602_706384316154029_4044728122861743808_n

 

Salji Di Bawah Matahari

11156139_706385129487281_1708291055515461500_n DSC_0193 DSC_0196

 

Bolos!

DSC_0145 DSC_0146 DSC_0148 DSC_0151

 

Guli Guli Gol!

DSC_0190 DSC_0192

 

Helikopter Span

DSC_0221 DSC_0222 DSC_0223 DSC_0224 DSC_0225 DSC_0226 DSC_0227 DSC_0228 DSC_0229 DSC_0230 DSC_0231 DSC_0232 DSC_0233 DSC_0234 DSC_0235 DSC_0236

 

Buih Gergasi

DSC_0152 DSC_0153 DSC_0155 DSC_0156 DSC_0157 DSC_0158 DSC_0159 DSC_0160 DSC_0163 DSC_0164 DSC_0166 DSC_0167 DSC_0168 DSC_0169 DSC_0170 DSC_0171 DSC_0172 DSC_0173 DSC_0174 DSC_0175

 

Keperluan VS Kehendak

DSC_0197 DSC_0198 DSC_0199

 

Tikar Terbang

DSC_0206 DSC_0210 DSC_0212 DSC_0216

 

Tangga Air

11152683_706384016154059_8372367136063245409_nDSC_0243 DSC_0246 DSC_0252 DSC_0254 DSC_0255

 

Belon Panas

DSC_0258 DSC_0259 DSC_0261 DSC_0262 DSC_0263 DSC_0265

 

Si Kumbang

11183448_706384072820720_1101143703175420678_n DSC_0126 DSC_0127 DSC_0128 DSC_0268 DSC_0269

 

Kanvas Berkat

 DSC_0130 DSC_0131 DSC_0132 11039057_706383976154063_5993280243420451691_n

 

Kebaboom

11082534_706383759487418_1757629232439735586_n DSC_0182 DSC_0183 DSC_0184 DSC_0185 DSC_0186 DSC_0188 DSC_0189

 

Lari Laju Lari

DSC_0122 DSC_0123 DSC_0124 DSC_0125

 

Halangan Bertali

DSC_0200 DSC_0201 DSC_0202 DSC_0203 DSC_0204 DSC_0205

 

Perigi Nombor

DSC_0133 DSC_0134 DSC_0135 DSC_0136 DSC_0140 DSC_0141

Apabila kelapan-lapan cop sudah diperolehi dengan bantuan ibu bapa, mereka pergi ke tempat penyerahan kad untuk mengambil hadiah masing-masing.

DSC_0272 DSC_0273 DSC_0274 DSC_0276

Acara penutup disudahi dengan pertandingan tarik tali antara krew ABS dan para bapa. Tim A (bapa) memenangi pertandingan ini.

DSC_0278 DSC_0279 DSC_0280 DSC_0281 DSC_0282 DSC_0283 DSC_0284 DSC_0285 DSC_0286 DSC_0287 DSC_0288 DSC_0289 DSC_0290 DSC_0291 DSC_0292 DSC_0293 DSC_0294 DSC_0295 DSC_0296 DSC_0297 DSC_0298 DSC_0299 DSC_0300 DSC_0301 DSC_0302 DSC_0303 DSC_0304 DSC_0305 DSC_0306 DSC_0307 DSC_0309 DSC_0310 DSC_0311 DSC_0312 DSC_0313 DSC_0314

Terima kasih kepada yang menyokong dan menjayakan Karnival Sukan Tadika ABS 2015 ini. Segala cadangan Tuan/Puan untuk meningkatkan lagi aktiviti sukan tadika kami akan kami pertimbangkan pada masa akan datang.

Jumpa lagi tahun depan!

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram