Kerjasama Ibu Bapa dan Guru

“Cikgu, tadi Daniel melakukan kesalahan dan tidak hormat kepada arahan.” Lapor pembantu guru.

“Baik, adakah dia sudah meminta maaf?”

“Tidak.”

“Kalau begitu, kita akan beritahu Ayahnya ketika waktu pulang nanti. Saya pasti Ayahnya tidak mahu Daniel berakhlak demikian.” Kelihatan Daniel tertunduk sesal.

Tadi di luar kelas bukan main dia seronok mengejek dan tidak menghormati pembantu guru baru. Kini, apabila sudah sampai ke pengetahuan guru, malah akan disampaikan kepada bapanya. Barulah Daniel insaf.

Tugas guru dan ibu bapa haruslah seiring dan sejalan. Bagaimana sifat dan prestasi anak di sekolah, ibu bapa mesti mengambil tahu sama ada baik atau sebaliknya.

Jika baik, sama-sama dapat dikekalkan, dipupuk dan digilap lebih baik lagi. Jika buruk, sama-sama pula dapat ditunjuk ajar dengan baik samada di sekolah mahupun di rumah.

Anak-anak yang masih kecil, terlalu banyak potensi untuk diterokai agar nanti kita tidak terlepas peluang ini.

Mudah-mudahan.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×