Kerjaya Ibu Bapa Membentuk Cita-Cita Anak

“Ayah, seronok tak kerja Ayah?”

“Seronok, alhamdulillah. Ayah suka membantu menguruskan orang menunaikan haji. Cuma, bekerja dengan manusia ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dan mencabar.”

Ibu bapa adalah orang yang paling dikagumi oleh anak-anak. Setiap hari, mereka melihat kita sebagai orang yang hebat dan wira yang berjuang. Di dalam bidang apapun kita bekerja, sikap dan perhubungan baik di rumah amat memberi kesan kepada perkembangan positif mereka.

Lumrahnya anak-anak, sentiasa bersifat ingin tahu dan meneroka perkara baru. Banyak kali, persoalan yang ditimbulkan melibatkan kerjaya kita.

Kemahiran dan pengalaman ibu bapa ini, amat mudah disalurkan kepada anak-anak, dengan cara yang bersesuaian dengan usia. Sama ada jurutera, mekanik, akauntan, mahupun guru.

Bahkan, jika mereka belajar satu perkara baru yang berkaitan, kitalah orangnya yang akan menjadi rujukan utama.

“Ayah tahu tak, apa kaitan Albert Einstein dengan Perang Dunia Pertama? Dialah antara yang menyumbang kepada berhentinya perang ini, melalui ciptaannya.”

Mempunyai Ayah seorang ahli sejarah, bertambah-tambah minat anak terhadap topik yang sama. Sudah ada teman berbincang dan berdebat.

Puan Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram