Tentang Alam : Dari Mata Turun Ke Hati

Sepanjang bulan Julai ini, anak-anak di tadika ABS belajar tentang haiwan dalam memahami dan mengkaji alam persekitaran.

Kebetulan, anak saya di sini juga yang berusia tujuh tahun mempunyai kerja rumah yang hampir serupa temanya. Salah satu tugasan mereka adalah;

~Bawa anak ke padang atau taman permainan berhampiran. ~Perhatikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sepanjang perjalanan dan di taman.
~Ambil gambar, mahupun lukis semula apa yang diperhatikan.

Ya, ia tugasan yang ringkas sahaja bersesuaian dengan usia mereka.

<<PENDAFTARAN 2018 TADIKA ABS SELURUH MALAYSIA SUDAH DIBUKA>>

Namun, sungguh banyak yang dapat dipelajari dari pemerhatian ini. Pergi ke taman bukan sahaja untuk bermain dan bersenam semata-mata. Seiringkan juga dengan anak meneroka alam dan peka dengan persekitaran.

Tidak ada sesuatu yang dijadikan Tuhan ini sia-sia. Walaupun, sekecil anak berudu yang dilihat di pinggir kolam. Lihat pula rama-rama indah pelbagai warna. Pokok-pokok dan tumbuhan pelbagai bentuk. Alam ini punya fungsinya tersendiri.

Teruslah memerhati dan mengkaji. Semoga anak-anak dan kita sendiri menjadi orang yang bersyukur.

Wan Erni
Coventry UK

Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×