Mengemas : Mendidik Anak-Anak Perkara Yang Lebih Besar…

“Adik, jom kita kemas mainan.”

‘Kemas, kemas, kemas.’ (menyanyi)

Sambil menyanyi kecil, kami sama-sama mengasingkan dan menyusun semula mainan yang digunakan ke dalam bakul.

“Kita seronok bermain. Apabila selesai, kenalah kemas semula. Barulah rumah kita cantik dan bersih.”

Ia nampak seperti perkara mudah.

Menyusun semula mainan, membersihkan peralatan yang digunakan ataupun membuang sampah selepas mengasah pensel.

Sebenarnya ia mendidik perkara yang lebih besar iaitu sifat tanggungjawab.

Siapa lagi yang akan mencuci kesan kerja kita, jika bukan diri sendiri.

Rutin ringkas ini boleh dididik dari usia anak masih kecil, bermula dengan ibu mengajak dan menunjukkan contoh. Dalam masa yang sama, banyak perkara lain anak belajar secara tidak langsung.

Mengasingkan barangan mengikut kategori seperti kereta di bakul kereta, anak patung di tempatnya, buku pula di atas rak.

Paling penting, ia akhirnya menjadi tabiat yang sebati dengan jiwa tanpa perlu dipaksa-paksa.

Insya Allah.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram