Menuju Alam Kedewasaan

Selamat kembali ke sekolah, anak-anak semua.

Ada yang pertama kali berpisah dari ibubapa, yang berpindah suasana dan tempat, mahupun yang beralih kelas.

Ini bukan perkara mudah. Pelbagai perasaan dan emosi bercampur-aduk di jiwa. Gembira, resah, seronok dan risau. Lumrah menuju alam kedewasaan.

Sebagai ibubapa, inilah antara saat penting kita memberikan sokongan kepada anak-anak.

Berikut beberapa tips yang berguna:

  • Berikan peluang anak berdikari, dalam masa yang sama pantau keperluannya dari segi emosi dan fizikal.
  • Mendengar dan memperhatikan setiap aduan dan luahan perasaan anak. Raikan.~Mungkin anak berasa takut dan gementar, sedih, mahupun malu.
  • Berikan sokongan dan sentuhan.~Ucapkan kata-kata positif, dan peluklah anak.
  • Bina hubungan baik dan percayakan guru-guru.~Jadilah jambatan yang menghubung hubungan baik anak dan guru. Anak perlu tahu, kita percayakan guru dan secara tidak langsung membuatkan mereka lebih tenang ke sekolah.

Mudah-mudahan dipelihara Tuhan anak-anak kita semua.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram