Negaraku Sehati Sejiwa

Minggu ini kami menonton acara pembukaan Sukan SEA. Pelbagai tarian kebudayaan dipersembahkan dalam pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

“Malaysia sangat unik,” ujar Wafa.

“Ya betul tu. Ada orang Melayu seperti kita, ada Cina seperti Sylvia, ada India seperti Kaysha. Malah banyak lagi bangsa lain yang pelbagai. Semuanya orang Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu seperti kita.”

Ya, Malaysia negara yang unik. Ada bermacam wajah dan warna. Pelbagai agama dan budaya berbeza. Namun, yang menyatukan kita adalah satu.

Iaitu rasa cinta kepada tanahair ini.

Semuanya mahukan keamanan yang dinikmati sejak lama kekal berterusan. Lantas dapat diwariskan pula pada anak cucu generasi akan datang.

Mendidik anak-anak pula bukan terhad kepada bunga kebangsaan, bahasa kebangsaan, warna bendera mahupun perlembagaan sahaja.

Namun, yang paling utama, ialah contoh tauladan yang ditunjukkan oleh orang dewasa keharmonian hidup di dalam masyarakat majmuk.

Di Tadika ABS, asasnya ialah meraikan kepelbagaian dan perbezaan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dianjurkan bersama anak-anak dalam menggalakkan nilai-nilai positif bermasyarakat.

Jalur gemilang berkibar di angkasa,
Merah, putih, kuning dan biru,
Malaysia tanahair yang tercinta,
Ke manapun pergi tetap di hatiku.

Wan Erni
Coventry UK

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×