Nikmat Ciptaan Yang Esa Mengatasi Nikmat Ciptaan Manusia

Cuaca yang cerah bertukar gelap. Kilat memancar dan guruh berdentuman.

Bekalan elektrik tiba-tiba terputus menjadikan suasana rumah sunyi sepi.

“Mari semua, Ibu bacakan buku.”

Masing-masing leka menghadap lilin di tengah rumah.

“Buku tidak menggunakan elektrik, suara kita pun tidak menggunakan elektrik. Syukur kita masih boleh membaca buku, kan Ibu.”

Subhanallah Alhamdulillah.

Benarlah. Betapa banyaknya nikmat dari ciptaan manusia tetap ada kelemahannya. Malah sekali-kali tidak dapat mengatasi nikmat ciptaan Yang Esa.

Akhirnya kita bersyukur masih punya kaki untuk melangkah dan mata untuk melihat.

Lantas, masihkah kita berjalan mendongak ke langit. Sedang kita ini hamba yang serba kekurangan.

“Ketika kilat memancar, ucapkanlah ‘La hawla wala quwwata illa billah’, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.”

“Juga, tanamkan di dalam hati; kita berlindung di dalam rumah dari cuaca buruk. Namun, bukan rumah yang menyelamatkan kita. Hanyalah Allah.”

Ibu terus memberi pesanan penting berkaitan Aqidah, asas kepada agama.

Semoga dipelihara anak-anak kita semua, insya-Allah.

Puan Wan Erni

Coventry UK

DAFTAR SEKARANG. Hubungi 011 1323 2239. Senarai penuh Tadika ABS di http://www.tadikaabs.com/malaysia/

Please follow and like us:
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram