Nilai dan Santun Warisan Budaya

“Awak mahu duduk di sini?”

Cepat lelaki itu beralih apabila melihat Husna yang pemalu mahu duduk di sebelah kakaknya.

Keretapi yang padat dengan pekerja dan mungkin juga pelajar di waktu puncak, seolah-olah tidak dirasakan.

Sebaik sahaja kami berlima melangkah masuk, terus tempat duduk menjadi kosong. Memberi ruang kepada kanak-kanak bertiga malah, termasuk ibunya. Ayah berdiri di sebelah.

“Terima kasih.”

Serentak kami ucapkan sambil tersenyum tanda penghargaan.

Kota Metropolitan ini pantas bergerak. Manusia ke hulu ke hilir dengan urusan masing-masing. Namun, tidak sesekali mereka meninggalkan adab dan budaya murni.

Tidak ada yang berasak-asak berebut menaiki bas.

Jika ada yang tersilap berdiri ketika di eskalator, tetap ditegur dengan senyuman.

Di kota ini,

Bukan bangunan pencakar langit.

Bukan juga tempat membeli-belah.

Namun nilai dan santun pada diri penduduknya yang tinggi.

Inilah yang menjadi keindahan.

Inilah yang sepatutnya dicemburui agar menjadi warisan budaya kita juga, rakyat Malaysia.

Wan Erni
Coventry UK

Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×