Panggilan Baik Beri Kesan Emosi Kepada Anak

“Habis, dah namanya Mr. Forgetful, sebab itulah dia asyik lupa. Cuba tukar nama lain, pasti tidak.” Lancar komen Ibu sebaik selesai membaca salah satu set Mr. Men.

“Ibu, ini cerita sajalah. Bukan betul.” Eh, terbawa-bawa pula Ibu. Mujur diingatkan anak.

Benar, nama dan panggilan merupakan doa seseorang kepada kita. Ia memberi kesan emosi dan melekat pada minda terutamanya anak-anak.

Sejak dari kecil, bermula di rumah. Anak-anak dibiasakan dengan panggilan hormat, penuh kasih sayang. Ia meningkatkan keyakinan diri dan kehormatannya.

Di dalam Al-Quran juga surah Luqman, kita melihat bagaimana panggilan Luqman al-Hakim kepada anaknya; ‘Ya bunayya’ yang bermaksud ‘wahai anakku’.

Lembut, dan penuh berhemah. Lantas, nasihat itu mudah dan lebih memberi kesan.

Berilah nama yang baik, dan panggil yang indah. Anak merasa disayangi, dihargai, dan dihormati.

“Husna anak Ibu yang baik, jom solat.” Pasti jauh berbeza jika dipanggil ‘yang gemuk, yang malas’ dan sebagainya.

Semoga dijauhkan Tuhan.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram