Pengaruh Adab dan Santun

Mendidik adab dan santun anak adalah urusan berterusan. Ia bukanlah kerja sekali dua, mahupun dalam tempoh yang singkat.

Kita mahu melahirkan anak yang kukuh asasnya di rumah, namun setiap kali kaki melangkah ke luar, hati tetap dilanda kerisauan.

‘Adakah guru dan penjaga menerapkan nilai yang sama seperti di rumah?’

‘Bagaimana jika anak terpengaruh dengan rakan yang tidak baik?’

Antara tugas sebagai ibu bapa penjaga yang memegang amanah, adalah memilih persekitaran yang mempunyai matlamat seperti kita.

Lihat di mana kita meletakkan keutamaan di dalam hal ini. Begitupun, sebagai manusia kita berusaha. Dalam masa yang sama tidak meninggalkan doa dan tawakal kepada Tuhan.

Yang kita harapkan, anak kita bukan sekadar baik di rumah malah, akhlaknya harum di luar menjadi contoh dan kesan yang baik pula kepada orang sekeliling di manapun berada, mudah-mudahan.

“Ibu, hari ini Adik mendapat bintang kerana membantu kawan membaca. Sekarang semua kawan Adik suka membaca buku seperti Adik.”

Subhanallah.

Wan Erni

Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×