Perbezaan Taska Dan Tadika

Ramai ibu bapa masih keliru tentang dua institusi ini iaitu TASKA dan TADIKA.

Kebanyakan ibu bapa merasakan yang TASKA dan TADIKA adalah dua tempat yang sama.

Sebenarnya TASKA dan TADIKA merupakan dua institusi pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan perkhidmatan yang berbeza.

Yang mana satukah yang sesuai dengan tahap umur anak kita?

 

Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah pendidikan tidak rasmi untuk kanak-kanak sebelum mereka memasuki fasa pembelajaran formal di sekolah rendah.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak terbahagi kepada dua kumpulan yang berbeza iaitu:

  1. TASKA atau nurseri
  2. TADIKA atau prasekolah

 

Mari kita lihat perbezaannya.

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

 

  1. TASKA atau nurseri
  • TASKA merupakan singkatan kepada Taman Asuhan Kanak-kanak.
  • Menawarkan perkhidmatan pengasuhan bermula seawal bayi hingga kanak-kanak berumur 4 tahun.
  • Mengikut Akta Asuhan Kanak-kanak 1984 Seksyen 2, mentakrifkan Pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima masuk empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun, lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
  • Di bawah Seksyen 5, akta yang sama membahagikan taska kepada dua kategori iaitu taska di rumah yang menerima kurang daripada 10 kanak-kanak dan taska institusi menerima lebih daripada 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
  • TASKA persendirian biasanya diuruskan oleh pemilik swasta dan beroperasi di taman perumahan. Pusat ini boleh menguruskan 10 atau lebih kanak-kanak.
  • TASKA di tempat kerja diuruskan oleh pemilik swasta yang dilantik oleh organisasi tersebut dan beroperasi di bangunannya. Pusat ini boleh menguruskan 10 atau lebih kanak-kanak.
  • TASKA di rumah diuruskan oleh individu yang menyediakan perkhidmatan ini dari rumah sendiri. Jumlah kanak-kanak yang boleh diurus ialah kurang dari 10 orang.
  • Bagi memenuhi keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat, berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.
  • TASKA dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
  • Bagi kanak-kanak taska, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan bahawa semua aktiviti dan program yang dijalankan hendaklah berasaskan amalan bersesuaian perkembangan yang menekankan rangsangan yang menyeluruh dari segi bahasa, fizikal, sosio-emosi dan kognitif. Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlu menyokong perkembangan tersebut.

 

Guru-guru Tadika ABS dilatih mendidik anak-anak dengan mencungkil kelebihan mereka.

  1. TADIKA atau prasekolah
  • Tadika merupakan singkatan kepada Taman Didikan Kanak-kanak.
  • Tadika didefinasikan sebagai mana-mana premis yang menerima lebih daripada empat orang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun untuk tujuan pendidikan dan menerima upah.
  • Matlamat utama pendidikan di tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak berumur tujuh tahun.
  • Pendidikan kanak-kanak di tadika berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Di Malaysia, perkhidmatan tadika yang disediakan oleh kerajaan dikenali sebagai pra sekolah yang ditempatkan di hampir semua sekolah rendah kerajaan.
  • Pihak KEMAS juga menawarkan perkhidmatan tadika yang dikenali sebagai TABIKA KEMAS.
  • Tadika persendirian diuruskan oleh pemilik swasta dan beroperasi di taman perumahan dan juga rumah kedai.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa semua tadika swasta hendaklah berdaftar melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
  • Kanak-kanak yang mengikuti program tadika atau prasekolah sama ada di sekolah kerajaan mahupun swasta wajib mengikuti program pendidikan yang berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kurikulum ini menekankan kepada enam tunjang perkembangan kanak-kanak iaitu:
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai – Pendidikan Islam
  • Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosio Emosi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estatika – Kreativiti
  • Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik
  • Tunjang Kemanusiaan

 

  • Di Malaysia, walaupun kerajaan telah menetapkan beberapa garis panduan dalam kurikulum yang digunakan, namun terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang turut diperkenalkan seperti pendekatan Montessori, Pengajaran Bertema, Pendekatan Berasaskan Projek, Kurikulum Kreatif dan sebagainya.

 

Kesimpulannya di sini, ibu bapa yang mempunyai bayi seawal usia 2 bulan hingga 4 tahun, boleh dihantar anak ini ke TASKA, manakala anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun boleh dihantar ke Tadika.

 

Klik link ini untuk maklumat senarai TASKA BERDAFTAR.

Klik link ini untuk maklumat senarai Tadika ABS di sini.

Klik link ini untuk mengisi borang pendaftaran Tadika ABS.

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×