“Saya Minta Maaf”

“Cikgu, boleh saya bermain sama-sama dengan Hanah?” Datang Maryam mahu menyertai Hanah bermain blok kayu.

“Boleh. Main elok-elok ya.”

Tidak sampai lima minit, sudah bergaduh dan mengadu begitu begini. Yang seorang kata kawannya tolak menara tinggi dibinanya. Yang seorang lagi kata tidak sengaja.

“Baik, Cikgu tahu Maryam tak sengaja. Apabila melakukan kesilapan ingat tiga perkara ini:

Pertama: Minta maaf. ~Minta maaf dengan kawan, beritahu kita tak sengaja.

Kedua: Berjanji tidak mahu ulangi lagi. ~Lepas ini, lebih hati-hati ya.

Ketiga: Betulkan semula kesilapan tersebut. ~Maryam boleh bantu Hanah bina semula menara tersebut.

Jom buat sama-sama.

Alhamdulillah. Semuanya berakhir dengan baik dan gembira semula.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:
← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram