Sayang Dalam Batas Dan Kawalan

“Ibu, saya mahu kek itu sekarang.” Kata Anis ketika Ibu sibuk membelek sayur di pasar.

“Boleh, selepas kita selesai di sini Ibu belikan kek ya.”

“Saya mahu sekarang juga.” Anis yang berusia empat tahun mula merengek.

“Ibu boleh belikan, cuma selepas Anis berjanji mahu dengar dan sabar dahulu.” Anis diam dan tidak terus merengek.

Menjadi ibubapa penyayang tidak semestinya kita berlembut dan mengalah selalu. Penyayang tetapi masih di dalam batas dan kawalan.

Anak seusia Anis sudah boleh faham dan patuh pada arahan. Namun, ia memerlukan latihan. Dengan syarat, orang dewasa perlu konsisten mengamalkan peraturan yang sama. Setiap hari, walau siapapun.

Begitulah, tidak terpisah antara pendidikan dan kawalan. Ataupun disebut ‘be in-charge’.

Ya, anak perlu dihormati kehendak dan pilihan tetapi perkara apa, dan bagaimana meraikannya, ditentukan oleh pendidik, ibu bapa, guru atau pengasuh.

Begitulah.

Wan Erni

Coventry UK

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram