Sempurna Di Mata Siapa?

“Husna, nanti Ibu tolong Husna warnakan cantik-cantik ya.”

“Tak apa Ibu. Biarkan Husna warnakan sendiri. Comot pun tak apa, ia hasil kerja dia. Yang penting, tidak perlu sempurna.” Ujar Yusof.

Aduh. Kali ini Ibu yang terkena.

Begitulah, sebagai ibubapa kita sering memandang kesempurnaan dari kacamata kita orang dewasa. Mahu markah seratus peratus. Mahu lukisan dan warna menarik. Seringkali terlupa, anak-anak ini dalam proses belajar dan berlatih. Terutamanya pada usia kecil dan masih muda. Ia berbeza.

Bagi bayi, memegang pensil dan krayon itu satu kejayaan sempurna. Jika tidak, tak mengapa. Cuba lagi. Seterusnya, membuat garisan, melukis bulatan juga satu pencapaian. Juga Tidak semestinya menjadi bentuk dan rupa yang kita ingini. Sementelah, hasil seni yang berharga itu cuma bernilai pada mata yang tahu menilai.

 

Bersama anak-anak kecil, kita meletakkan diri dan tahap selayaknya seorang anak kecil. Tidak dinafikan, mereka ada ‘milestones’ yang perlu dicapai bagi memudahkan kita mengesan sebarang bantuan dan latihan sewajarnya diberikan.

Apa yang penting, teruskan mendorong dan memberi galakan. Perlahan-lahan kita akan dapat melihat hasilnya pada masa akan datang. Ia akan menjadi pengalaman dan memori indah saat membesar.

Wan Erni
Coventry UK

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×