Sentiasa Kreatif Dalam Mendorong Anak Kecil

Sand TImer Tadika ABS 2017 2018

“Hanah, awak boleh menggunakan pensil warna itu selepas Adam.

Di kelas ini, kita menggunakan alat ini sambil menunggu giliran.”

Kata guru sambil menunjukkan pasir perakam masa di atas meja.
“Apabila pasir ini sudah habis turun ke bawah, Adam perlu memberikan pensil tersebut kepada Hanah pula.”

“Baik, Cikgu.”

Kelas berjalan seperti biasa. Tiada konflik dan perbalahan. Semuanya tenang.

Begitulah, apabila berhadapan dengan anak kecil, pelbagai teknik digunakan dengan kreatif.

Penggunaan ‘sand timer’ ini contohnya, menggalakkan anak bersifat sabar dalam mendapatkan sesuatu. Alat bantuan yang digunakan juga turut mendorong anak yang menggunakan barang tersebut menghargai masa yang diberikan.

Pendaftaran 2018 Tadika Pilhan Malaysia

Pendaftaran 2018 sudah dibuka.

Selain itu, guru memberikan tempoh tertentu kepada pelajar menyiapkan sesuatu tugasan dengan cermat. Dengan syarat, peraturannya sudah dijelaskan dari awal.

Paling penting, tiada emosi anak yang cedera. Dalam masa yang sama, mereka didorong untuk melakukan perkara yang baik.

Sebanyak mana kita sebagai orang dewasa menangani situasi dengan tenang dan bijaksana, demikianlah hasilnya nanti.

Pastinya, dengan izin Tuhan.

Penulis : Puan Wan Erni

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×