Anak Mudah Meniru Apa Yang Didengar Dan Dilihat

“Adam, saya pasti awak boleh lakukannya.” Jerit Rayyan memberi sokongan.

“Tak mengapa Hanim, jika awak tidak dapat lakukan yang ini. Saya boleh tunjukkan caranya. Setiap orang punya kelebihan berbeza.” Ujar Aishah pula.

Riuh-rendah suasana hari sukan di padang sekolah dengan ucapan dan kata-kata sokongan sesama rakan. Namun, masih dalam keadaan terkawal.

Tiada sedikitpun perkara negatif seperti mengetawakan kawan yang jatuh. Ini bukanlah perkara yang akan datang sendiri.

Anak-anak ini sudah dibiasakan mendengar dan mungkin juga menerima ucapan sedemikian dari orang dewasa di sekeliling mereka.

Malah, mereka terus-terusan didorong untuk saling menjaga dan mendorong. Terus, mereka mengucapkan perkara yang sama juga sesama mereka. Ia bukan dibuat-buat. Pastinya ia datang dengan latihan dan galakan, sehingga akhirnya menjadi sikap dan kebiasaan.

Di tadika ABS, antara yang menjadi keutamaan kami adalah perkataan-perkataan yang baik. Selain daripada menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, asas adab dan santun menjadi nilai dan matlamat pendidikan awal. Seiring dengan kecemerlangan intelektual, fizikal dan emosi kanak-kanak.

Semoga cemerlang semuanya.

Wan Erni
Coventry UK

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×