Sukakan Yang Cantik Dan Elok Itu Tidak Salah

“Ibu, boleh saya pakai kedua-duanya? Jubah dan baju baru di bahagian dalam. Jadi, orang boleh lihat baju baru saya.”

“Oh boleh nak pakai kedua-duanya sekali. Cuma, satu saja Yusof. Apabila kita memakai pakaian apapun, tak boleh jika niat mahu menunjuk-nunjuk pada orang.
Contoh macam ni, ‘saya pakai baju ini cantik berharap nanti orang cakap ‘cantiknya baju awak.’ Atau, ‘eh, beg awak ni mahalnya.’ Nanti kita pun jadi sombong.

Bila ada orang miskin tengok kita dia pun sedih, sebab dia tak dapat beli baju cantik dan mahal.”

“Oh, jadi kena soroklah ya. Macam Yusof pakai baju baru di dalam.”

“Bukan macam tu. Boleh pakai pakaian cantik, sebab kita suka. Asalkan jangan membazir. Itu saja. Bila sudah ada rasa mahu menunjuk dan sombong. Itu yang salah.”

Subhanallah.

Banyak kali, apabila memberi huraian adab dan sifat mulia kepada anak-anak. Dalam masa yang sama, kita sebenarnya mendidik diri kita sendiri.

Sukakan yang cantik yang elok itu tidak salah. Islam itu indah, dan sukakan keindahan.

Namun, ada garis halus yang menentukan niat berpakaian agar tidak membawa kemurkaan Tuhan.

Semoga dipelihara semuanya.

Wan Erni
Coventry UK

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×