Tangani Emosi Anak Dengan Cara Berbeza

“Adik, duduk elok-elok.”

 

Cuma sekali, dalam nada serius tetapi tidak garang.

 

Terus membetulkan kedudukannya di kerusi ruang menunggu klinik.

 

Ketika tiba giliran Ibu berurusan di kaunter, dia juga mahu bertanya soalan.

 

“Tunggu sekejap ya, Adik. Dua minit lagi Ibu siap.”

 

Anak sabar menunggu. Dua minit kemudian, Ibu sambung melayannya dengan senyuman.

 

Tiada tekanan, tiada tercalar emosi.

 

Situasi biasa, namun besar kesannya jika ditangani dengan cara berbeza.

 

Sebagaimana pentingnya anak kecil disayangi, mereka juga belajar adab dan akhlak.

 

Adab duduk di tempat awam, juga akhlak menunggu giliran.

 

Anak dihormati dengan cara diberitahu dengan baik, tanpa perlu marah melulu.

 

Juga ditunaikan janji ‘dua minit’. Anak sabar menunggu.

Anak tahu bila Ibu serius, dan bila waktu bermain.

 

Dengan cara ini, mereka juga pasti mudah menurut kata dan menghormati kita tanpa paksaan dan tekanan.

 

Ia bermula dengan kita, orang dewasa.

 

Sesiapa menyayangi, pasti disayangi.
Sesiapa menghormati, pasti dihormati.

 

Semoga dipelihara Tuhan semuanya.

 

Puan Wan Erni

Coventry UK

Apakah aktiviti hujung minggu anak-anak pada bulan Ramadan?

Bagaimanakah mahu mengisi masa hujung minggu mereka dengan perkara bermanfaat?

Tuan dan Puan yang mahu anak-anak merasai pengalaman ini, boleh mendaftarkan anak ke program “My Ramadhan Camp 2018”.

HUBUNGI 011 1323 2239.

Klik — >https://bit.ly/2FS3L3y untuk itenari penuh.
Klik — >https://bit.ly/2FS3L3y untuk itenari penuh.
Klik — >https://bit.ly/2FS3L3y untuk itenari penuh.

Please follow and like us:

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
Follow by Email
Facebook
Facebook
YouTube
Instagram