logo-aktif-bijak-santun-abs-TRADE-MARK

TADIKA ABS MERLIMAU

KEUNIKAN KAMI

AKTIF

Mewujudkan suasana seronok melalui teknik mendorong tingkah laku positif.

Guru-guru mengaplikasi 
Teknik Mendorong Tingkah Laku Positif bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum. Kita mendorong tingkah laku baik-baik di kalangan anak-anak.

BIJAK

Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.

Memperkenalkan modul Pengajaran & Pembelajaran yang holistik dan inovatif, sesuai dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. 

SANTUN

Guru-guru dilatih untuk bercakap Bahasa Melayu Tinggi, menggunakan budaya tinggi dan menunjukkan adab sopan di tadika.

Ini penting supaya kanak-kanak meniru tingkah laku baik ini seterusnya menggunakan bahasa dan budaya tinggi dalam persekitaran mereka seharian.

TERKINI DI TADIKA

PCS

TADIKA SESI
PETANG

Bermula Januari 2018

garden_12-512

KELAB PEKEBUN CILIK

Projek tanaman yang sentiasa membuatkan anak-anak teruja!

study-512

KELAS MEMBACA INTENSIF

Khusus untuk pelajar 6 tahun

APA KATA IBU BAPA PELAJAR

Suka membaca dan membaca pon lancar. Percakapannya pun banyak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Kadang-kadang sukar dijangka. Tatabahasa agak tersusun. Semua subjek yang dia pelajar pada saya semua bagus. TQVM ye Tadika ABS.

Puan Umi Kalsud bt. Latip, ibu CIkpuan Muda Dinie Nadiah.

Banyak kemajuan yang telah ditunjukkan oleh anak saya. Saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar di atas usaha yang dicurahkan untuk membantuk anak saya. Daripada tak tahu tentang abjad, nombor dan membaca. Alhamdulillah, anak saya dah boleh mengenal abjad, nombor dan mengeja.

Ibu Tuan Muda Hidayatullah

Alhamdulillah sepanjang anak saya Adief Ryad Dzafri 4 years old belajar di Tadika ABS, dia boleh ikut apa yang diajar. Sudah boleh kelnal dan baca huruf. Nombor boleh mengira 1~100 dengan lancar. Boleh menyebut suku kata, boleh menuulis nama sendiri dan menghafal surah2 yang diajar. ABS sangat bagus. Insya-Allah untuk umur 5&6 tahun saya akan hantar anak saya belajar di Tadika ABS lagi.

Puan Nurdiyana, ibu Tuan Muda Adief 4 tahun.

HANYA 2 MINIT DARI
PASAR RAYA FRESCO MERLIMAU!

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat
7 pagi - 6 petang

Lokasi Kami

B 8325, Taman Muhibbah Fasa 10, 77300, Merlimau, Melaka.

DAFTAR HARI INI

Hakcipta Terpelihara IT@ESSB 2017