Tadika ABS Indera Mahkota 15

Sentiasa "Aktif Bijak Santun" di Tadika ABS

AKTIF

Mewujudkan suasana seronok melalui teknik mendorong tingkah laku positif.

Guru-guru mengaplikasi 
Teknik Mendorong Tingkah Laku Positif bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum. Kita mendorong tingkah laku baik-baik di kalangan anak-anak.

BIJAK

Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.

Memperkenalkan modul Pengajaran & Pembelajaran yang holistik dan inovatif, sesuai dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. 

SANTUN

Guru-guru dilatih untuk bercakap Bahasa Melayu Tinggi, menggunakan budaya tinggi dan menunjukkan adab sopan di tadika.

Ini penting supaya kanak-kanak meniru tingkah laku baik ini seterusnya menggunakan bahasa dan budaya tinggi dalam persekitaran mereka seharian.

"Paling ketara, anak saya semakin pandai berkawan dan berdikari. Aktiviti pembelajaran di Tadika ABS sangat menarik dan menyeronokkan.

Penggunaan bahan maujud menarik minat pelajar dan membuatkan pelajar lebih mudah faham apa yang diajar.  "
- Ibu Tuan Muda Harris

Apa kata ibu bapa pelajar

Menanam Iman Melalui Modul Little Ibnu SIna

PERKEMBANGAN POSITIF

"Anak saya banyak menunjukkan perkembangan positif sejak bersekolah di ABS. Dia sangat cepat belajar dan menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap pelajaran. Dia juga menunjukkan sikap kepimpinan dan semakin berani menonjolkan diri." - Ibu Cikpuan Muda AMni

im6666

PANDAI BERGAUL

"Alhamdulillah dalam masa 2 bulan anak saya sudah mampu membaca Al Fatihah dengan baik dan boleh mengeja dua sukukata. Dia juga sudah mula hilang sifat pemalu dan pandai bergaul dengan orang sekeliling. Setiap hari dia ceria untuk datang ke sekolah." - Ibu Tuan Muda Adam Syarhan

Hanya 5 minit daripada Pasaraya Tunas Manja Group

Tadika ABS Indera Mahkota
A-69, Lorong IM 15/19,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.

Daftar Sesi 2018

Hakcipta Terpelihara IT@ESSB