Soalan Lazim

1. Apakah uniknya tadika ABS untuk anak saya?

Hak anak-anak belajar dengan ‘home language’ di tadika ABS dikekalkan. Bermakna, sekiranya anak-anak itu bercakap bahasa Melayu di rumah, mereka belajar dengan selesa dalam bahasa Melayu di tadika.

Apabila anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, mereka masih boleh menuturkan bahasa Inggeris dalam suasana pembelajaran bahasa Melayu.

Anak-anak akan didedahkan dengan penggunaan bahasa santun dengan pendedahan budaya yang baik. Teknik dorongan menggunakan aplikasi Teknik Nabi untuk meningkatkan tingkah laku baik digunakan.

2. Apa itu program KSPK?

KSPK ialah kurikulum standard prasekolah kebangsaan yang ditetapkan kegunaannya oleh Kementerian Pendidikan untuk semua pusat pendidikan dengan lesen tadika.

Semua tadika yang menggunakan nama ABS dikenali sebagai tadika ABS dan berdaftar atas nama tadika masing-masing mengikut lokasi di Jabatan Pendidikan Negeri tempatan.

3. Apa beza tadika ABS dan program prasekolah ABS?

Tadika ABS ialah tadika yang menggunakan program dan modul yang dikeluarkan di bawah jenama AKTIF BIJAK SANTUN. Program prasekolah ABS pula terdiri daripada modul secara berasingan.

 Buat masa ini, program prasekolah yang ada ialah AKTIF BIJAK SANTUN,  Program Keusahawanan KELAB ARAF, program sains; Little Ibnu Sina – Sains bercerita dan program memanah ABYAD.

4. Apakah program memanah ABYAD ada di semua tadika ABS?

Program memanah ABYAD ialah program yang khas disediakan sesuai untuk anak tadika. Instruktor dan gurunya dilatih untuk mematuhi SOP keselamatan dan menjalankan program yang memberi manfaat kepada anak-anak.

Program ini boleh didapati di tadika ABS dan mana-mana tadika seluruh Malaysia yang menyertainya.

5. Apakah program LIS?

LIS ialah Little Ibnu Sina, kependekan untuk program sains untuk anak prasekolah. Program ini boleh didapati di tadika ABS dan tadika-tadika seluruh Malaysia yang menyertai.

Program ini berkonsepkan cerita dengan pendekatan ‘backyard science’ dalam pengendaliannya.

6. Apakah program kelab keusahawanan ARAF?

Program keusahawanan ARAF ialah kependekan untuk Kelab Abdurrahman Auf. Ia merupakan modul pembelajaran dengan projek dan aktiviti yang memberikan anak-anak pendedahan nilai dan cara berfikir sebagai usahawan.

Program ini ada ditawarkan di tadika ABS dan mana-mana tadika seluruh Malaysia yang menyertainya.

7. Mengapa tiada peperiksaan atau ujian di tadika ABS?

Ujian atau peperiksaan digantikan dengan laporan pencapaian dan pemerhatian. Kami percaya bahawa anak-anak mempunyai bakat dan kemampuan masing-masing, yang perlu dinilai secara objektif dan secara khusus.

Latihan berbentuk seumpama ujian dijalankan sebagai latihan di dalam kelas dan BUKAN untuk menilai pencapaian anak.

8. Apakah program yang ada di tadika ABS?

Tadika yang menggunakan lesen jenama tadika ABS menawarkan program yang berikut.

Komponen perkembangan kemahiran berdasarkan KSPK :

+ Matematik
+ Bahasa Melayu
+ Bahasa Inggeris
+ Sains
+ Jawi
+ ASAS Bahasa Arab
+ Pendidikan Islam
+ Praktikal Solat

Program Tambahan :

+ Kelas Bacaan Mengaji – IQRA’
+ Program Membaca : Pandainya Adik Baca
+ Kelas Bacaan Bahasa Inggeris
+ Projek Bertema : Seni Kreatif
+ Langkah Pertama : Modul 3 bulan pertama di ABS

Program Lanjutan (ditawarkan mengikut kapasiti cawangan) :

+ ‘Reading Inside Out’ : Sunshine Reading Series
+ Huffaz Cilik – Menghafaz Surah pendek melalui cerita & aktiviti kraf
+ Mental Arithmetik

AKTIF BIJAK SANTUN™ - Sistem Pembelajaran Sokongan

+ Program Keusahawanan KELAB ARAF
+ Little Ibnu Sina – Sains bercerita
+ ‘Let’s Learn to Play’ – Creative Play and Communication in English
+ SANTUN – Praktis Budaya dan Bahasa Melayu Tinggi

9. Apakah program bahasa Inggeris ada di tadika ABS?

Ya. Program bahasa Inggeris dijalankan mengikut keperluan dan spesifikasi khusus KSPK.

Tadika ABS juga memperkenalkan program ‘Creative Play and Communication’ yang membantu anak-anak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan selesa.

10. Bagaimana mahu mendaftar?

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon cawangan tadika yang berhampiran.

Klik senarai tadika ABS.

11. Mengapa yuran tadika ABS tidak sama?

Yuran tadika ABS ditetapkan mengikut nilai tawaran tambahan yang ada ditawarkan di semua tadika ABS.

Ada perbezaan yuran untuk program prasekolah (tadika) 4 jam, program tadika dan lanjutan 6 jam, program sehari penuh 9 jam. Yuran juga berbeza mengikut fasiliti yang ditawarkan di setiap tadika.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×