logo-aktif-bijak-santun-abs-TRADE-MARK

Tadika ABS Teluk Intan

Pendaftaran 2018 sudah dibuka!

Pembelajaran Luar Kelas

Anak-anak yang aktif gemar meneroka dan belajar melalui pelbagai deria. Di Tadika ABS, anak-anak diberikan peluang meneroka dalam persekitaran yang selamat. Mereka berhak belajar dalam keadaan yang gembira dan seronok, bukan hanya dengan menggunakan pensel dan kertas semata-mata.

Pembelajaran Bertema

Melalui konsep Pembelajaran Bertema, anak-anak lebih mudah menerima mesej yang disampaikan oleh guru.

Melalui tema pekerjaan, tahun ini Pegawai Bomba Teluk Intan sendiri yang hadir memberikan taklimat daripada aspek keselamatan diri. 

Peluang menggayakan pakaian seragam ahli bomba menambah minat dan semangat menghargai pekerjaan ahli bomba yang sedia membantu tanpa mengira masa!

Sains Bercerita
Little Ibnu Sina

Keterujaan jelas terpancar di wajah anak-anak! Modul Sains Bercerita Little Ibnu Sina disusun untuk anak-anak belajar melalui watak-watak yang dekat dengan diri mereka. Ada Mat Plastisin, ada Puteri Kadbod dan ada juga Pakcik Kismis! 

Setiap episod cerita sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Bijaksana.

Setiap minggu, ini antara slot yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak.

AKTIVITI TAMBAHAN

KELAB
MEMANAH
KELAS MEMBACA
HUFFAZ CILIK

Pinjamkan kami 3 Minit Masa Tuan Puan Untuk Menonton Klip Video Tadika ABS ini!

"Perkembangan anak yang positif. Fayyad sudah boleh menulis dengan baik, mengira dan membaca. Boleh berikan dan mencari penyelesaian dalam sesuatu perkara. Anak saya juga pandai mengurus diri sendiri."
Puan Arpah
"Alhamdulillah. Tadika ABS An Najah sangat prihatin dengan keperluan anak-anak dari segi pembelajaran, penjagaan diri, aktiviti luar dan riadah. Teruskan dengan usaha yang sebegini baik."
Puan Nor Hafizah
"Anak saya menjadi lebih yakin diri dan berani untuk menyatakan pendirian diri sendiri. Lebih berdisiplin dan mematuhi arahan."
Puan Suhaida

Daftar Sesi 2018 Hari Ini

HANYA 2 MINIT DARIPADA HOSPITAL TELUK INTAN




 

 TEMUI KAMI DI SINI

Tadika ABS Taman Sri Cicely
No. 3 Jalan Perwira M1/14,
Taman Sri Cicely,
Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak.

HANYA 5 MINIT DARI KFC TELUK INTAN




 

 TEMUI KAMI DI SINI

Tadika ABS Taman Perkasa
No. 2 Jalan Melati,
Taman Perkasa,
36000 Teluk Intan, Perak.

Hakcipta Terpelihara 2017 IT @ESSB