Tentang Kami

  • 20150425-IMG_0227
  • 20150425-IMG_0194
  • 20150425-IMG_0178

Misi

Membawakan kebaikan.

Impian Kami

Anak-anak akan saling hormat-menghormati, berbudaya tinggi dan peka dengan persekitaran. Bukan hanya mereka berakhlak baik, namun seluruh keluarga terpalit dengan budaya yang dibawa oleh ABS.

Mereka tidak bersaing, malah berlumba-lumba membantu satu sama lain supaya masing-masing berjaya ke garisan penamat.

Setiap bakat dan kemahiran yang ada pada anak-anak ini dirai supaya nilai percaya diri anak ini meningkat. Bukan hanya pandai dalam akademik sahaja.

Mereka juga faham nilai duit. Tidak boleh meminta-minta, pada setiap duit yang mereka terima, ada bahagiannya untuk disimpan, disedekahkan dan untuk dilabur.

Prinsip Kami

  • Pemilihan program P&P yang holistik dan inovasi supaya anak-anak seronok dan tiada beban emosi.
  • Fokus kepada pembangunan ‘group genius’ bukan hanya kepintaran individu.
  • Anak-anak mampu mengajak orang lain juga membuat kebaikan.
  • Melahirkan anak-anak yang cintakan ilmu pengetahuan.
  • Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). Anak-anak tidak akan dipaksa sebelum tiba masanya
  • Anak-anak perlu saling bekerjasama untuk berjaya.

Latar Belakang Kami

  • 20140607-DSC_1095
  • 20141003-10710984_893937323968305_1377675812709745281_n
  • 20141003-10346197_893936980635006_9108544500860180851_n

Tadika ABS mula ditubuhkan pada Jun 2013. Penubuhan ini adalah hasil daripada perbincangan di antara Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan Pendidikan ABS) dengan beberapa pengusaha tadika.

Pada ketika itu mereka sedang membincangkan hala tuju dan nilai yang ditawarkan di tadika sedia ada dalam pasaran dari dua aspek berbeza. Satu dari sudut hak anak-anak dan asas pembelajaran khususnya 3 – 6 tahun. Aspek kedua dari sudut pengembangan bisnes tadika serta masa depan pengusaha tadika indie.

Sesi perbincangan ini berakhir dengan masing-masing bersetuju untuk menubuhkan Tadika ABS yang memenuhi kedua-dua aspek di atas. Selain daripada membimbing anak-anak menguasai kemahiran akademik, Tadika ABS juga fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk ‘survive‘ dalam era perubahan zaman yang semakin mencabar.

Tadika ABS juga menjadi platform penting mengumpulkan usahawan tadika yang membolehkan mereka berkongsi kos pengurusan dan pemasaran.

 

 

 

Waktu Operasi Rasmi

Jam operasi

8.00 pagi – 5.00 petang setiap hari : 5 hari seminggu.
9.00 pagi – 1.00 tengah hari ,
SABTU, mengikut jadual.
Tutup pada hari cuti umum.

Kelas beroperasi

8.30 pagi – 12.00 tengah hari (pakej 1)
8.30 pagi – 2.30 petang (pakej 2)
8.30 pagi – 5.30 petang (pakej 3)

Program tambahan
SABTU : 10.00 – 12.00 tengah hari mengikut jadual.
Tutup pada hari cuti umum.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×