Apakah Tujuan Anda Berbisnes?

Sebelum berbisnes, tetapkanlah dahulu matlamat kita mahu berbisnes.  Dengan adanya matlamat, barulah kita boleh melakar peta perancangan ke arah kejayaan. Matlamat yang berbeza memerlukan strategi, taktik, keperluan kewangan dan jenis-jenis bakat yang berbeza. 

Apakah niat kita dalam berbisnes? Adakah kerana mahu bekerja sendiri dan mahu jaga anak sendiri? Atau kerana kita mempunyai modul pembelajaran sendiri dan mahu ramai orang mendapat manfaat daripadanya? Atau mahu mencipta nama? Atau mahu berkereta mewah? 

Niat kita berbisnes akan mempengaruhi cara kita mengurus bisnes kita.  Apakah kita hanya mahu berniaga kecil-kecilan? Atau apakah kita mahu menjadi usahawan sosial? Atau berbisnes untuk kepuasan diri sendiri? Atau ada yang bina bisnes kemudian dijualkan kembali dengan harga berganda?

Ataupun kita mempunyai impian menjadi sebuah syarikat besar? Atau syarikat yang lebih besar dan bertaraf ‘international’?  Dengan adanya matlamat di atas memerlukan cara pemikiran dan langkah kerja yang berbeza. 

Penulis : Suhaili Ihsan 
Sumber : http://suhailiikhsan.com/

4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Scroll to Top