10 Aktiviti Menyeronokkan Untuk Kanak-kanak Sempena Cuti Hari Merdeka.

Pada tahun ini, 31 Ogos 2020 jatuh pada hari Isnin. Sudah tentu kanak-kanak sekolah yang paling gembira kerana dapat cuti tambahan. Demikian juga dengan ibu ayah yang bekerja.

Apabila anak-anak tidak ke sekolah, pasti macam-macam perkara yang mahu mereka buat. Pasti ada juga yang meminta ibu ayah untuk membawa mereka berjalan-jalan atau pun setidak-tidaknya aktiviti di luar rumah.

Pasti ibu ayah juga sedang berfikir-fikir aktiviti apakah yang boleh dibuat bersama anak-anak.

Ibu ayah sekalian, bertenang dan tak perlu risau lagi. Di sini kami kongsikan 10 aktiviti menyeronokkan yang boleh dibuat bersama anak-anak semasa 31 Ogos nanti.

#1.Menonton siaran RTM

Saban tahun sambutan Hari Merdeka akan dimeriahkan dengan acara
perbarisan dan perarakan kontinjen beruniform, aset keselamatan dan persembahan
acara simbolik yang dapat disaksikan secara langsung di lokasi acara diadakan.

Walaubagaimanapun, berikutan situasi pandemic Covid-19, buat julung
kalinya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, acara perbarisan dan
perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen. Khabarnya,
acara itu telah dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen yang
dikenal pasti bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan
prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19 dipatuhi.

Sudah pasti bagi keluarga yang sudah biasa pergi ke Putrajaya untuk
menyaksikan perarakan Merdeka akan berasa kurang meriah, namun menonton acara
ini menerusi televisyen juga tidak kurang meriahnya.

Ibu ayah boleh mencipta kemeriahan dengan galakkan anak-anak untuk bangun awal agar tidak terlepas menonton acara ini.

#2. Membuat aktiviti kemerdekaan di rumah menggunakan buku Kit Malaysiku.

Ibu ayah masih boleh menghidupkan semangat
kemerdekaan dalam jiwa anak-anak dengan melakukan aktiviti yang mudah dan
seronok.

Hanya dengan menggunakan set buku Kit Malaysiaku ibu ayah pasti rasa lega. Terdapat pelbagai aktiviti yang sudah disusun khas di dalam Kit Malaysiaku. Ada permainan dan aktiviti kraf yang menyeronokkan. Di samping mereka berkreativiti menggunakan buku tersebut, banyak perkara yang mereka boleh belajar tentang negara kita Malaysia.

Ibu ayah yang berminat untuk mendapatkan Kit Malaysiaku boleh klik di link ini : https://bit.ly/kitMalaysiakuInspirasiku

#3.Menghias rumah dengan Jalur Gemilang

Ini merupakan salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan untuk
anak-anak. Pasti meraka tak sabar untuk menunjukkan kreativiti mereka menghias
rumah menggunakan Jalur Gemilang.

Ibu ayah perlu sediakan Jalur Gemilang pelbagai saiz untuk anak-anak. Aktiviti
ini boleh dimulakan dengan menghias bilik masing-masing terlebih dahulu.
Kemudian diteruskan di ruang lain di dalam dan luar rumah.

Pasti mereka teruja dan rumah kita pula nampak meriah dan tampil patriotik!  

#4.Bergambar dengan tema kemerdekaan di lokasi pilihan

Siapa yang tak suka bergambar bukan? Lebih-lebih lagi anak-anak kita. Tambahan
pula dengan tema kemerdekaan.

Ibu ayah boleh menyediakan apa-apa pakaian bertemakan kemerdekaan untuk digayakan seisi keluarga. Aktiviti sebegini pasti membuatkan mereka teruja. Gambar-gambar yang diambil boleh dikongsikan dan diabadikan di dalam album sebagai kenangan apabila mereka besar kelak.

#5.Beriadah di Taman Layang-layang Metropolitan Kepong

Jika ibu ayah sukakan aktiviti keluarga yang bersifat aktif, boleh bawa anak-anak ke Taman Layang-layang Metropolitan Kepong.

Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sana termasuk aktiviti berbasikal. Taman ini mempunyai pemandangan tasik yang begitu indah. Datang awal pagi dan berbasikal mengelilingi tasik tersebut. Jika suka berjoging, ada juga trek joging disediakan.

Selain itu, boleh juga bermain layang-layang.
Pasti anak-anak suka!

Bukan itu saja, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat disini.

#6.Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka semenangnya mempunyai banyak tempat
bersejarah yang sesuai untuk dilawati semasa cuti Hari Merdeka.

Ibu ayah boleh membawa mereka melawat Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Kota A Famosa, The Stardhuys, Perigi Hang Tuah, Makam Hang Jebat dan selain tempat bersejarah ini ada banyak tempat menarik yang sesuai untuk lawatan sekeluarga seperti Zoo Melaka, Mini Malaysia & Asean Cultural Park, Pantai Tanjung Bidara, Taman Burung dan banyak lain.

Jangan lupa juga untuk bawa anak mencuba menu popular di Melaka seperti asam pedas,  coconut shake dan kuih keria antarabangsa. Sudah puas makan, bawa mereka naik beca di sekitar Bandar Melaka pula.

Sudah pasti mereka seronok dan puas hati dengan trip ini.

#7.Bersiar-siar dengan menaiki LRT dan MRT

Ada di kalangan anak-anak yang memang suka keretapi
dan berangan mahu menaiki kenderaan ini. Namun sukar untuk ibu ayah penuhi impian
mereka memandangkan masa dan jarak perjalanan yang panjang.

Jangan gusar lagi, dengan adanya sistem kenderaan
transit aliran ringan seperti MRT dan LRT, ibu ayah boleh bawa mereka berjalan-jalan
sekitar ibu kota. Tambahan pula kemudahan ini masih baharu, kelengkapannya
semua cantik dan selesa.

Perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain juga mengambil masa yang singkat. Anak-anak pasti teruja, tambahan pula, tren ini akan ada melalui celahan bangunan, terowong dan jambatan, di samping dapat menikmati keindahan ibu kota.

#8.Melawat Tugu Negara di Kuala Lumpur

Tugu Negara cukup menarik untuk dilawati bersama anak-anak kecil untuk
mendidik mereka berkaitan dengan jerih-perih yang dilalui sebelum negara
mencapai kemerdekaan.

Ibu ayah yang telah selesai sesi lawatan sambil belajar bersama anak-anak di sini, boleh meneruskan aktviti dengan melawat Taman Tasik Perdana yang terletak tidak jauh dari tugu ini.

#9.Melawat Dataran Merdeka

Pernah tak ibu ayah bawa anak berjalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka?

Di dataran inilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union
Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada
tengah malam 31 Ogos 1957.Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat
perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957.
Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.

Dataran Merdeka bukan sahaja merupakan lokasi bersejarah, namun ia juga
turut menempatkan banyak tarikan penting di Kuala Lumpur.

Ibu ayah yang mempunyai masa yang terhad, kunjungan ke sini dapat
menjimatkan masa lawatan untuk mengenali Kuala Lumpur lebih dekat dan Malaysia
secara tidak langsung.

Antara lokasi menarik sekitar Dataran Merdeka ialah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Tekstil Negara, Muzium Muzik dan Bangunan KL City Galery. Binaan bangunan-bangunan di sini mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri.

#10.Melawat Monumen alaf Baru di Putrajaya

Monumen Alaf Baru di Putrajaya merupakan sebuah
bangunan yang penuh dengan maklumat tentang negara kita Malaysia.

Pernah tak ibu ayah bawa anak-anak datang melawat
ke sini?

Sekali-sekala bawalah mereka, apatah lagi di
sini anak-anak boleh mempelajari info dan sejarah menarik tentang pembangunan
negara kita. Semua maklumat menarik ini ada dipamerkan pada dinding kaca yang
mengelilingi monument ini.

Setelah selesai menjelajah monumen ini, bolehlah bawa mereka berjalan-jalan di taman-taman lain yang ada di Putrajaya sambil menikmati keindahan tasik yang luas.

Kesimpulannya, ibu ayah semua, marilah kita bersama-sama menggalakkan anak-anak agar turut sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan. Sambutlah dengan norma baharu walau di mana sahaja kita berada tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini