5 Aktiviti Mudah Dengan Tepung

tepung-gandum

Sumber foto : Google

Saya peminat kek. Saya suka bermain dengan tepung. Bagi saya, tepung mampu mencipta magis. Masakan tidak, main campak-campak sahaja sudah terhidang makanan yang enak di hadapan mata.

Terlalu banyak pembelajaran di sebalik tepung itu sendiri. Kita boleh siapkan satu buku skrap tentang tajuk ini. Ini antara topik yang boleh disentuh mengenai tepung :

1. Asal usul tepung
Anak kecil hari ini mengenali tepung sebagai debu putih. Mereka tidak tahu bagaimana ia terhasil. Saya percaya, ada ibu bapa yang tidak tahu akan hal ini juga. Sebagai contoh, tepung gandum terhasil daripada bijiran gandum. Sebagai pencerahan, kita boleh mencari videonya di YouTube untuk ditonton bersama anak anda.

2. Jenis-jenis tepung
Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis tepung di pasaran?
Bawa anak ke pasar raya dengan buku kecil, minta mereka senaraikan 10 jenis tepung yang mereka jumpa.

Antara yang ada di pasaran ialah :

• TEPUNG SERBA GUNA
• TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
• TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
• TEPUNG GANDUM
• TEPUNG KRIMER
• TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
• TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
• TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
• TEPUNG HONG KONG
• TEPUNG PULUT
• TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
• TEPUNG HOEN KWEE
• TEPUNG UBI
• TEPUNG JAGUNG
• TEPUNG NAIK SENDIRI
• TEPUNG GLUTINOUS RICE
• TEPUNG BERAS
• TEPUNG SAGU
• TEPUNG KEK
• TEPUNG OPTIMA
• TEPUNG KACANG HIJAU
• TEPUNG BISKUT MARIE

Dari situ, kita boleh Google manfaat dan kegunaan setiap tepung yang berbeza tadi. Kalau boleh, beli sampel dan biar mereka rasai perbezaan setiap tepung itu sendiri. Pembelajaran sebegitu lebih mudah untuk diserap ke minda. Mereka sedang memaksimakan penggunaan deria rasa mereka.

3. Cara menyukat
Ilmu hisab atau matematik digunakan apabila anda mula menggunakan tepung untuk memasak. Contoh, 1/4 atau 3/4. Penggunaan cawan yang betul untuk mengira. Sukatan sudu yang betul juga. Ia kemahiran hidup yang dapat dipelajari melalui tepung.

4. Koleksi resipi masakan
Keluarkan majalah lama yang anda ada. Mohon anak mencari resipi yang melibatkan penggunaan tepung. Potong dan kumpul. Kemudian, asingkan mengikut katogeri jenis tepung. Tampal mengikut kreativiti yang mereka idamkan.

5. Main masak-masak
Pilih satu resipi dan masak bersama. Maka, hari ini mereka berkenalan dengan tepung dari A sampai Z. Dari sebutir gandum sehingga menjadi cucur yang mengenyangkan. Libatkan mereka ketika memasak. Mereka perlu melihat proses evolusi tepung itu. Sesungguhnya, ia pelajaran yang amat bermakna untuk kehidupan mereka di masa akan datang.

Penulis : Puan Sabrina Ismail

← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini