7 Petua Hilangkan Batuk & Selesema Kanak-kanak

Hidung tersumbat dan batuk berkahak, antara simptom biasa yang dialami oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Ia salah satu proses membina sistem antibodi tubuh. Walau bagaimanapun, jika ia berlarutan, kita perlu mengambil serius akan hal ini. Terutamanya apabila menghantar anak ke tadika, seorang sakit, kemungkinan jangkitan kepada rakan-rakan yang lain adalah tinggi.

Ada beberapa petua lama yang boleh anda cuba untuk menyembuhkan batuk dan selesema anak kecil sebagai alternatif kepada ubat doktor.

1. Madu

Ambil satu sudu kecil sebagai penawar batuk anak kecil tadi. Campurkan pada air suam jika madu tadi didapati pekat untuk mereka telan.

2. Kunyit hidup atau bawang putih

Gosokkkan kunyit hidup atau bawang di permukaan kasar atau sagat, bagi mendapatkan serbuk halus. Campurkan dengan minyak masak dan sapukan perlahan-lahan di dada anak.

3. Daun Kaduk

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih, sapukan pada dada dan perut bayi. Ini baik untuk bayi yang batuk berkahak. Kahak akan keluar bersama najis bayi.

4. Kismis

Untuk anak yang sudah boleh mengunyah, amalkan 21 biji kismis sehari, bagi meredakan batuk yang ada.

5. Daun bunga tahi ayam

Daun tahi ayam ini diramas dengan kapur sirih untuk disapu pada dada dan tengkuk bayi.

6. Gula melaka

Pecahkan gula melaka kepada bentuk yang lebih kecil, beri pada anak sebagai ganti kepada gula-gula biasa. Amalkan dan batuk itu akan hilang dengan sendiri.

7. Pucuk ubi

Bersihkan pucuk ubi ini dah ramas bersama kapur sirih. Dapatkan air yang keluar dari ramasan tadi, sapu pada dada dan leher anak tadi.

Antara yang saya amalkan sendiri untuk memastikan anak bebas batuk selesema ialah pengambilan air yang secukupnya. Rajin-rajin beri anak makanan hijau ketika mereka batuk dan selesema. Sayur-sayuran seperti brokoli, boleh dikisar bagi dijadikan bubur, jika anak anda dikatogerikan anak yang pandai memilih makanan mereka. Jauhi makanan bergoreng dan berunsurkan sitrus seperti buah oren.

Bersihkan persekitaran rumah anda, lap habuk pada perabot dan kipas, jika ada.

Jauhkan mereka dari asap rokok atau kenderaan, kerana ini akan menyukarkan pernafasan dan membuat sakit itu bertambah teruk. Berikan ruang untuk mereka rehat dengan tenang, secukupnya.

Walau bagaimanapun, penyakit batuk dan selesema perlu dianggap serius dan dibawa ke klinik atau hospital berhampiran apabila tanda-tanda seperti berikut berlaku kepada anak anda :

1. Batuk dan selesema yang tidak sembuh dalam 5 hari.

2. Batuk dan selesema yang menyebabkan anak tidak aktif dan sukar bernafas.

3. Batuk dan selesema diiringi dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

4. Batuk dan selesema yang diiringi demam yang melebihi 38 darjah celcius.

Selamat mencuba!

88 Rangkaian Tadika ABS Seluruh Negara

Penulis : Puan Sabrina Ismail

Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini