Aktif Bijak Santun : Tadika A.B.S. Bukit Katil, Melaka 019 656 5253

Pengenalan

Tadika ABS Bukit Katil, Melaka mula beroperasi pada tahun 2012 sebagai salah satu tadika pilihan ibubapa di komuniti Taman Bukit Katil Damai 2 dan sekitar dalam  pendidikan awal kanak-kanak khususnya bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Keunikan Tadika ini dalam menerapkan nilai keusahawanan, Bahasa Melayu Tinggi dan Teknik Mendorong Anak Positif sebagai pilihan ibubapa sesuai dengan wawasan pendidkan Tadika Aktif Bijak Santun, “Mempersiapkan anak-anak untuk masa hadapan”.

Tadika Aktif Bijak Santun komited dalam melahirkan generasi yang 

1. Cintakan Allah dan Rasul

2. Sayangi negara

3. Berkeyakinan diri dan pandai berdikari

4. Kreatif dan Inovatif

5. Bijak komunikasi 

6. Celik Wang

7. Santun dan berakhlak halus

8. Cerdik STEM . 

Kurikulum

Tadika ABS menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam perlaksanaan aktiviti yang  ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu, Tadika ABS menawarkan dua modul tambahan iaitu Little Ibnu Sina (Sains dalam bercerita) dan Kelab Araf (Nilai Keusahawanan). Nilai-nilai murni dan akhlak yang baik bagi melahirkan generasi santun yang berilmu juga diterapkan dalam aktiviti harian. Jesteru itu, Tadika ABS komited  membimbing murid dalam perkembangan awal secara menyeluruh dan menumpukan potensi serta kekuatan murid itu sendiri.

Bagi murid Islam ilmu tauhid, solat, hafazan dan iqra’  diterapkan di dalam pembelajaran dan aktiviti harian mengikut kesesuaian peringkat umur murid.

Khusus untuk murid 4 tahun, satu modul khas telah dibangunkan yang lebih menarik dan ceria bagi meneroka pengetahuan baru. Modul Astakona ini menekan 8 pendekatan pengajaran iaitu tauhidik, teroka, holistik, aktif, bijak, santun, sosial dan bermain dalam memberi keseronokan kepada murid sepanjang tempoh pembelajaran sebagai satu aktiviti transisi untuk peringkat seterusnya.

Guru terlatih

Bagi memastikan kurikulum, modul dan program yang ditawarkan dilaksanakan dengan baik, Tadika ABS Bukit Katil, Melaka menyediakan guru yang terlatih membimbing dan berpengalaman dalam menguruskan murid-murid 4 hingga 6 tahun dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang pembantu guru untuk operasi harian. Guru-guru yang ceria dan aktif ini sentiasa diberi latihan berkala untuk menambah kemahiran yang sesuai dengan perkembangan masa. Latihan guru utama dilaksanakan dua kali setahun semasa cuti sekolah.  Antara latihan yang diwajibkan dihadiri guru ialah

  1. Mengawal Tingkahlaku Kanak-kanak
  2. Mendorong murid secara positif
  3. Little Ibnu Sina (Sains dalam bercerita)
  4. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi
  5. Penyediaan Rancangan Pengajaran dan alat bantuan mengajar (ABM)
  6. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 
  7. Perlaksanaan modul dan aktiviti mengikut matapelajaran
  8. Kursus penyediaan makanan dan suntikan Thypoid

Premis dan Fasiliti

Tadika ABS Bukit Katil, Melaka menyediakan ruang yang selesa dan luas dengan bersesuaian dengan jumlah pengambilan pelajar setiap tahun. Premis ini boleh memuatkan 45 orang murid dengan 3 orang guru serta pembantu guru pada satu-satu masa. Berkonsepkan minimalis tanpa mural yang sarat, dengan warna dinding yang bersesuaian untuk memberi fokus murid kepada guru dan aktiviti pembelajaran. Ruang aktiviti utama disediakan khusus untuk aktiviti tertentu, ruang makan, pejabat, tandas yang bersih, ruang penyediaan makanan dan dan ruang belajar yang ceria.

Premis ini dilengkapi taman permainan, penggunaan kipas yang mencukupi untuk setiap ruang dan juga  terdapat penapis air Bioultra bagi memastikan murid mendapat minuman air yang bersih. Manakala makanan dihantar oleh pihak katering yang mempunyai sijil pengandalian makanan dan suntikan Thypoid bagi memastikan makanan yang dihantar adalah bersih dan selamat.

Dari segi keselamatan, Tadika ini juga dilengkapi dengan jeriji, alat pemadam api dan peti pertolongan cemas. Guru-guru juga diberikan latihan untuk mengendalikan situasi kecemasan.

Yuran

Yuran bulanan yang ditawarkan adalah berpatutan mengikut pakej bermula RM250 untuk Pakej Tadika.  Yuran tahunan adalah berbeza mengikut umur pelajar. Maklumat terperinci yuran boleh dirujuk kepada pihak pengurusan Tadika bagi maklumat lanjut.

Pembayaran yuran sepenuhnya menggunakan transaksi online bagi memudahkan pembayaran ibu bapa kepada pihak pengurusan tadika.

Waktu Operasi

Waktu operasi bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari bagi pakej tadika dan hingga jam 6.00 petang untuk pakej petang. Caj lewat masa yang dikenakan RM10 sejam. 

Lokasi

Kedudukan Tadika ABS Bukit Katil, Melaka terletak di tangah-tengah kawasan Bukit Katil yang memudahkan ibubapa untuk mengambil dah menghantar anak. Terletak berhampiran dengan Speedmart, berhampiran dengan Taman Tema Bayu Lagoon, Pirate Island dan berhampiran juga dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Katil. Di sekeliling Tadika juga terdapat empat Taska yang membolehkan ibubapa menghantar anak berumur kurang dari 3 tahun di kawasan itu

Program Tahunan dan Program Tambahan

Tadika Aktif Bijak Santun Cawangan Bukit Katil, Melaka juga sentiasa menawarkan program tambahan sebagai pilihan ibubapa selain dari kelas membaca, program cuti sekolah, seni kreatif. Tahun ini  Program Teakwondo dan Program Memanah diperkenalkan kepada kanak kanak di tadika.

Acara tahunan seperti Hari Apresiasi Bakat dan Karnival sukan merupakan aktiviti yang sentiasa ditunggu oleh ibubapa bagi meraikan anak-anak mereka. Selain itu cawangan ini sentiasa merancang dan melaksanakan program berkala yang berbeza setiap tahun dan juga aktiviti yang melibatkan penglibatan ibubapa murid seperti

  1. Messy Day
  2. Kem Ramadan
  3. Melukis dan Mewarna baju
  4. Karnival jualan
  5. Agroscience projek

Maklumat tambahan

Dalam situasi semasa pandemik Covid 19, Tadika ABS Bukit Katil tetap beroperasi dengan pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan.

Pendaftaran 

Pendaftaran tahunan dibuka pada bulan Ogos, ibubapa boleh menghubungi 019 656 5253 untuk temujanji dan lawatan. Pengambilan pelajar juga dibuka sepanjang tahun mengikut kekosongan dan kuota pelajar untuk setiap kelas. 

Layari Facebook Page Tadika ABS Bukit Katil, Melaka https://www.facebook.com/abs.bukit.katil/  untuk mengetahui aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan.

Klik www.tadikaabs.com untuk maklumat lanjut dan cawangan lain Tadika ABS.

Hubungi talian 019 656 5253 dengan segera untuk mendapatkan tawatan istimewa pendaftaran 2021.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini